Semalam aku bizi dok study macam mana nak rekod siaran tv dari Dreambox DM500S. Thanks to http://tips.super-resources.com kerana berjaya membimbing aku hingga berjaya walaupun step ada sikit beza.
So kalau nak, boleh la follow step-step aku ni.
- Install software Ngrablite kat pc/notebook korang. Korang boleh download kat sini [Download Ngrablite].
- Buat satu folder khas untuk menempatkan fail rakaman.
- Run ngrab_lite dan pada skrin dibawah masukkan.
- target Folder – folder untuk simpan rakaman
- ip address dreambox . untuk melihat ip address dreambox: Menu > Setup > System setting > Network
- Port untuk digunakan bagi dreambox – default 4000
- Split size – masukkan 0 jika tidak mahu saiz rakaman dipecahkan.
SETTING DI DREAMBOX
Tekan MENU > SETUP > EXPERT SETUP > NGRAB STREAMING
- Server IP – Masukkan ip address komputer
- Server Port – Masukkan 4000 (pastikan setting ni sama dengan setting pada Ngrab lite tadi.)
- Server MAC – Tekan detact mac address atau butang BIRU untuk mendapatkan MAC Address.
- Tekan SAVE atau butang HIJAU.
- Restart Dreambox korang tu.
Untuk memulakan rakaman
- Pastikan korang dah install plugin Ngrab Start-Stop pada set Dreambox korang.
- Buka saluran yang korang nak rakam tu and tekan butang kuning pada remote dreambox. Pilih start Ngrab Recording.
- Bila dah siap, tekan butang kuning, dan pilih stop Ngrab Recording.
- File rakaman korang disimpan dalam target folder yang korang buat tadi.
- Perlu diingat, sepanjang sesi rakaman, korang takleh nak tukar channel.
Ni adalah hasil rakaman aku tadi. Ni aku dah convert untuk kecikkan sikit file. Almaklumla, internet Malaysiakan superb punya laju. Kalau tak kecikkan, berjanggut la aku tunggu.
Saja tolong kawan rekodkan show dia dalam pertandingan Mimpi Ke Bintang, Suku Akhir 1 yang ditayangkan live di TV 2, 29 Dec 2012, jam 9 malam tadi.
Great post, CardSharing4All provides best Dreambox card sharing and CCcam server including 3D and HD channels.Now visit this site.
ReplyDeleteThanks
Dreambox Sharing