Pages

Sunday, 30 December 2012

Celcom, perkhidmatan macam ta**


Dulu-dulu, bertahun-tahun dulu, aku memang pengguna setia Celcom. 2 tahun aku langgan Celcom Executive Package. Kemudian, aku beralih kepada Digi Pospaid hingga kini. 

Namun, sejak pertengahan 2012, aku cuba menggunakan Celcom Xpax, untuk di matchkan dengan Blackberry package. Tapi, disebabkan BB aku meragam, aku pun jarang la bukak Xpax aku tu. Hinggalah semalam, sengaja aku buka kat HP aku yang lain. Kemudian, aku dapat sms dari 2888 (Celcom la tu).
Your number has been inactive for more than 50 days and will be permanently terminated on 31/12/2012. Please reload to continue enjoying X2 services and benefits.


Hari ni, 30/12/2012, aku pun reload la. Niat tu, nak teruskan je la Xpax aku tu. Tapi, bila reload, still tak boleh guna, dan, status akaun masih "disable". Cuma kat portal online tu, ada highlight yang aku dah reload pada tarikh 30/12/2012. Aku pun call ke Celcom Customer Service untuk buat pertanyaan. Dari apa yang awek Celcom tu cakap, aku sepatutnya pi ke mana-mana Celcom Centre untuk buat pengaktifan semula.


Aku mintak penjelasan Awek Celcom tu, kenapa Celcom send mesej mintak aku reload untuk teruskan perkhidmatan, mengapa Celcom tak mention aku yang aku kena pi Centre untuk urusan pengaktifan semula. Jika aku dimaklumkan proses ini cuma boleh dibuat di Celcom Centre, senang je aku singgah kat Celcom Alor Setar tadi semasa dalam perjalanan balik dari Perlis.

Aku pun pelik, kenapa dalam Customer Online Portal tu ada dimaklumkan aku membuat tambah nilai, sedangkan baki tidak berubah dan dalam sistem yang Awek Celcom tu tak de pulak info pasal aku reload. Dia juga meminta aku ke Celcom Centre esok untuk membuat pengaktifan semula. Shit. Apa aku tak payah kerja? 

Apesal Celcom hantar SMS dan suruh aku tambah nilai? Mengapa Celcom tak mention supaya aku buat pengaktifan semula di Celcom terdekat? Dalam kes kesilapan ni, kenapa customer servis tu tak mintak maaf dari pihak Celcom sebab kesilapan tu?

Celcom was a big Malaysian Company. Pity you Celcom, satu situasi tetapi ada dua cerita yang berlaian untuk penyelesaian. Kalau dua-dua cerita tu membawa kepada hasil yang baik, itsokey. Tapi salah satunya hanya info bohong yang menyusahkan pelanggan.

Is it the way you make money, by sending "scam" sms notice to your own customer and remind them to reload their account? Terpaksa juga la aku ajukan perkara ni ke SKMM. 

Sorry to say, aku bukan nak memalukan Celcom dengan benda remeh ni. Tapi benda remeh ni akan membuatkan Celcom dipandang sebagai entiti yang tidak memiliki profesionalisma dalam melayan pelanggan mereka. 

Its not about RM 5 or RM 30. Tapi, apa yang jadi ni aku rasa amat tidak wajar. Apatah lagi sebagai peneraju utama industri telco Malaysia dan Asia. Tu aku tak sebut lagi kisah coverage Celcom di kawasan-kawasan tertentu yang mana signalnya penuh tapi nak send sms pon susah, nak kall lagi lah.

Kalau macam ni kualiti perkhidmatan yang Celcom beri kepada pelanggan, sorry to say la, hanya nama saja gah, tapi kualiti, hampeh.

Please, jika ada yang nak reply bagi pihak Celcom, reply kat email aku, dkayent@gmail.com. Atau terus reply kat posting ni. 

No comments:

Post a Comment