Aku tidak lupa sejarah seperti yang diajar di sekolah dulu. Tanah Melayu merdeka pada 1957 adalah hasil perpaduan orang Melayu menerusi UMNO. Dan aku juga percaya, kemerdekaan itu bukan hanya sekadar rundingan, tetapi turut disokong dengan faktor-faktor lain seperti ancaman komunis, tuntutan dari pihak-pihak lain selain UMNO. Aku tak nafikan sama sekali jasa UMNO dalam kemerdekaan kita.
Hinggalah, UMNO diharamkan pada 1987 dan tertubuhnya UMNO (Baru) yang ada hingga kini. Sejak itu, UMNO (Baru) yang menjadi tunjang kekuasaan kerajaan BN. Jangan nafikan fakta ni.
Anak Kecil Main Api. Aku pon pernah nanyikan lagu tu dulu di salah sebuah IPT. Memang syahdu lagu tu. Cuma, maksud lagu tu tidak menggambarkan situasi yang sebenar pada perkiraan aku. Situasi kita hari ini amat berbeda dengan apa yang termaktub dalam bait-baik lirik lagu tu.
Apa sebenarnya yang berlaku hinggakan Kaum Melayu kehilangan segalanya kecuali kuasa? Siapa sebenarnya dalang kepada mengecilnya pemilikan tanah bagi kaum Melayu? Kemana perginya milikan baru dari tangan orang Melayu yang asalnya?
Tak perlu aku jawab disini. Sebab kita semua dah besar panjang untuk memberikan jawapan yang baik, jawapan yang bukan dipengaruhi oleh sentimen kepartian.
Mengapa hutang juta-juta milik orang atas-atas didiamkan, tetapi hutang ribu-ribu rakyat marhaen pelbagai tindakan diambik?
Mengapa dana-dana yang ada dianugerahkan kepada orang berduit walaupun semua tahu orang itu tiada kepakaran, bukankah lagi cantik jika dana itu diagihkan kepada rakyat-rakyat kebanyakan yang layak? Bukankah ini membantu mereka meningkatkan taraf pendapatan mereka?
Mengapa ada tanah-tanah tertentu dibeli oleh pihak yang satu tu dengan harga yang murah dan dijual semula berkali ganda harganya?
Kita mengaku kita Islam, negara kita negara Islam, tapi tang mana Islamnya?
Kemana hilangnya tanah rezab Melayu? Kalau diguna, dimana gantinya?
Hodoh bila kita menyanyi lagu ni sambil melalak sedih sedangkan pemikiran kita gagal untuk kenal pasti apa yang benar dan apa yang tidak. Itulah akibat kalau taksub tanpa hujung pangkal. Ini bukan lagi zaman Tuah. Zaman ini penuh dengan tipu muslihat. Jangan kita jadi yang benar disangka salah, dan yang salah dikucup menjadikannya benar.
No comments:
Post a Comment