Pages

Monday, 28 October 2013

One Night in Dannok


Kaum suami, kalau berhajat nak pi Dannok (Sempadan Malaysia-Thai di Bukit Kayu Hitam) mesti cuba rahsiakan dari pengetahuan isteri. Kalau sebut Dannok, pasti terbayang ayam-ayam Siam seksi yang gebu-gebu dan bergetah-getah, sentiasa tersenyum dan mesra memanggil pelanggan. Tapi jangan silap, Dannok bukan saja terkenal sebagai syurga lelaki hidung belang, tapi juga sebagai syurga kaum Hawa untuk shopping pakaian dan pinggan mangkuk. Dannok juga famous sebagai tempat makanan yang pelbagai variasi dengan harga yang masih boleh di terima.

Hotel disini boleh dikatakan murah. Serendah RM 50.00 dan boleh dapat bilik yang selesa dengan tv satelit. aircond dan air panas. Jangan risau, hotel disini banyak. Pilih mana yang berkenan dan sesuai. Tapi, awas, jangan terlalu percaya kepada agen-agen yang tawarkan penginapan. Mereka selalunya sanggup berbohong semata-mata mahukan komisen apabila mendapat pelanggan.


Ada juga hotel yang tawarkan sekali dengan breakfirst. Jangan berani nak makan kalo korang Muslim. Sebab kebanyakkan hotel, tidak menyediakan makanan halal. 

Pasar malam disini tidaklah sebesar mana. Diwujudkan dicelah-celah bangunan tinggi dan menjual pelbagai barangan seperti pakaian, cendera mata, minyak wangi dan pelbagai aksesori lelaki dan perempuan. Menarik. Harga lebih murah dari biasa. 




Soal makan jangan risau. Ramai peniaga makanan Islam di sini. Mereka juga menyediakan pelbagai makanan yang mampu membuka selera siapa saja yang memandang. Tetapi, aku suggest, sesiapa yang ke sempadan ni terutama Pekan Dannok, wajib mencuba pulut ayam, daging bakar, kerabu maggi, pulut durian dan pulut mangga di samping pelbagai makanan lain yang sedap. Ingat, wajib cuba. Soal harga, semestinya sedikit mahal tetapi masih boleh diterima. 






Bagi akak-akak and makcik-makcik, Dannok juga terkenal dengan pelbagai barang dapur seperti periuk belangan yang murah harganya. Kepandaian menawar harga juga membantu anda mendapat alatan yang murah.

Tak perlu tukar duit dari Ringgit ke Baht Thai. Matawang Malaysia diterima pakai disini kecuali, jika korang masuk ke shopping complex seperti Tesco Lotus yang juga ada disini.

No comments:

Post a Comment