Pages

Sunday, 23 August 2015

Espran 10mg dan Aku


Salam Ahad. Espran 10mg tu ubat yang perlu aku ambek sepatutnya setiap malam. Tapi, aku sekarang dah terpaksa buat keputusan sendiri, yakni, mengurangkan pengambilan ubat kawalan ni. Setiap dua malam baru aku makan. Malas nak belah-belah and makan tiap-tiap malam.

Puncanya satu, each time aku telan ubat ni, badan aku akan shaking, kaki tangan sejuk dan kebas. Tidur pun bertambah. Makan pon tak boleh sebab akan muntah. Macam mana nak kerja kalau situasi tu berterusan? Dulu lainlah, keje dengan pulangan yang banyak. Sekarang dah tak macam dulu. Cuti je ada lah pendapatan yang terpaksa kena potong.

Dah tanya beberapa orang doktor, memasing tak berani nak syorkan aku apa-apa melainkan mengurangkan dos yang aku ambik.

Sebelum makan pil nih, aku dibekalkan dengan Sertraline 40mg  dan Propranolol 10mg. Kesan dia lebih teruk dari sekarang. Ngeri kalo teringat balik kesan Sertraline tu. Sampai aku terpaksa merayu berkali-kali kat Puan doktor Hospital Tuanku Fauziah supaya ubat aku dapat di tukar. Thanks Puan, sebab dengar rayuan saya.

Well, apa yang jadi hari ni adalah berpunca dari masa lalu. Apa yang aku belajar, janganlah percaya sesapa pon dalam dunia ni waima orang tu mengaku sayang gile kat kita. Sayang manusia ni sementara. Waktu kita berguna bagi dia, sayanglah dia. Bila kita dah tak de nilai, sayang dia pon melayang. Tinggal kita terkial-kial yang tersungkur dan cuba untuk berdiri kembali.

Persoalannya, apakah kita bertindak selari dengan apa yang kita belajar?

7 comments:

  1. hi dear...kat farmasi ada jual tak espran ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry, lama tak mengadap blog.
      Setakat ni saya tak pernah jumpa lagi farmasi yang jual Espran ni...

      Delete
  2. Hai Adi, kenapa sampai kena ambil espran tu?

    ReplyDelete
  3. Sy bru ari ni ambk espran ni. Jadi ngantuk, lemah badan, pening dan loya nak muntah dlm 3 jam. Mkn separuh jer. Kena tukar makan malam la. Siang banyak keje nak setel

    ReplyDelete
  4. Ubat ni side effect dia xteruk dan kurang ketagihan drpd lexapro, xanax dll.. Kurangkan dosage pastikan perut jgn kosong sebelum mkn

    ReplyDelete