Kosmo 9 Oktober 2012 [klik untuk besarkan]
Sinar Harian 9 Oktober 2012 [klik untuk besarkan]
Ini cerita yang terjadi pada petang Ahad (7 Oktober 2012) lepas. Cerita ini mengisahkan betapa kejamnya pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) terhadap peniaga-peniaga Uptown Bandar Perda. Cerita ini memaparkan keluhan peniaga yang ditindas oleh golongan yang memegang kuasa.
Itu persepsi kita, kalau kita baca berita yang ditulis, tanpa mendapatkan cerita dari sumber-sumber lain. Aku bukan nak backup MPSP, peniaga UPTOWN atau peniaga kedai. Tapi, ni luahan aku selama aku tinggal di Bandar Baru Perda, sejak belum wujudnya UPTOWN tu lagi.
Cuba pi cari, berapa ramai peniaga UPTOWN yang sebenar-benar UPTOWN disaman? Atau, yang kena saman tu merupakan peniaga yang bertenggek diluar kawasan UPTOWN. Tanya balik, kenapa MPSP ambil tindakan. Kerana aduan, atau kerana ada peniaga yang tunjuk keras kepala dengan pegawai MPSP yang selama ini cuba untuk menutup sebelah mata, atau ada cerita lain yang kita semua tak tau.
Apa yang aku dengar, semuanya bermula kerana seorang peniaga tudung, yang meja jualannya terkeluar dari tapak yang sewajarnya. Jalan jadi sempit dan ada sebuah kereta terlanggar meja tersebut. Kemudian, pemilik mengamuk dan memaki hamun pemandu kereta tersebut tanpa menyedari, beliau adalah pegawai penguatkuasa MPSP. Peniaga tersebut bukanlah peniaga UPTOWN tetapi, peniaga yang menempek di kawasan parking, bersebelahan dengan tapak UPTOWN. Kerana dia sorang, abih peniaga lain yang berdekatan terima tempias. Orang macam ni, layak ke dipanggil peniaga? Kerana orang macam ni, cuba tunjuk keras kepala kerana ada pihak dibelakang beliau, membuatkan pihak yang selama ni dok bagi muka kat peniaga, hilang sabar dan ambil tindakan yang sewajarnya. Wallahu'alam.
Dulu, zaman mula-mula UPTOWN Perda bermula, semuanya terkawal. Sama-ada parking, hubungan antara peniaga, hubungan peniaga UPTOWN dan peniaga kedai. Semua elok. Harmoni, saling menghormati. Tapi sejak 3-4 tahun ni, bila bilangan peniaga UPTOWN makin bertambah, rungutan bukan saja dari pekedai, malah ada juga di kalangan peniaga UPTOWN tu sendiri. Masalah parking, peniaga yang gangster, pentingkan diri sendiri. UPTOWN Perda melambangkan betapa berpuak-puaknya kaum melayu itu sendiri yang memikirkan duit untuk mengisi tembolok sendiri tanpa memikirkan rezeki orang lain yang lebih berhak.
Berapa ramai pekedai yang kini pendapatannya berkurang. Sedangkan pekedai terlalu banyak benda yang nak kena bayar, duit bank, cukai pintu, cukai tanah, lesen kedai yang semestinya lebih tinggi, running cost, sara hidup, dan lain-lain.
Tidak bolehkah peniaga UPTOWN lebih bertanggung jawab dan berdisiplin dalam berniaga? Inilah jadi, kalau pihak pengurusan lemah dan memikirkan kutipan saja tanpa memikirkan perkara sampingan lain.
Aku cadangkan,
- UPTOWN Perda dikurangkan jumlah peniaga. Pilih peniaga-peniaga asal yang bersama-sama bersusah payah menaikkan UPTOWN Perda tu sendiri. Pilih anak kariah yang nak berniaga. Pilih ikut priority, bukan pilih ikut kroni.
- Hadkan masa mula berniaga. Jangan jadi seperti bulan Ramadhan lepas, orang sibuk nak berbuka dan nak berterawikh, peniaga sibut nak buka gerai. Letakkan syarat, masa berniaga antara 8.00 malam hingga 5.00 pagi.
- Penganjur perlu lebih tegas dalam mengawal selia peniaga. Jangan kerana ligan duit sewa tapak, sumbat sesiapa saja nak berniaga bila adanya tapak kosong. Ingat, orang lain pon berniaga malah lebih berhak.
- MPSP perlu lebih kerap memantau penggunaan tapak niaga. Pastikan tidak melebihi had kawasan yang dibenarkan.
- Selalulah mermuzakkarah antara peniaga, pekedai, MPSP dan penganjur untuk menyelesaikan masalah berbangkit.
- Kalau masalah masih gagal diselesaikan, pindahkan saja UPTOWN Perda ke kawasan yang lebih luas dan tidak menyusahkan pekedai sedia ada di Jalan Perda Utama.
No comments:
Post a Comment