Pages

Tuesday, 25 October 2016

Pekerja Sementara Harian (PSH)

Setelah lama berdiam diri, aku nak praktis kembali kemahiran menaip aku dengan tajuk Pekerja Sementara Harian (PSH) di jabatan-jabatan atau institusi kerajaan.

Pekerja Sementara Harian (PSH) ni adalah pekerja yang diambil untuk melaksanakan tugas secara harian atau tugas yang bersifat sementara (ad-hoc, projek atau tugasan bermusim) oleh sesuatu jabatan. PSH akan dibayar berdasarkan kelayakan akademik yang diperlukan untuk tugas tersebut dan gaji akan dikira berdasarkan bilangan hari bekerja dalam sebulan.

PSH juga layak membuat tuntutan elaun lebih masa dan elaun-elaun lain dan sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa. PSH terikat dengan kontrak terima tugas untuk tempoh 3 bulan sahaja dan akan diperbaharui sebelum tamat tempoh dan berdasarkan keperluan semasa. Hanya caruman KWSP diwajibkan ke atas pekerja.

Itu adalah serba ringkas berkaitan dengan Pekerja Sementara Harian. Bagi mereka yang telah mempunyai kerja tetap, perlu berfikir berkali-kali sebelum menerima tugas sebagai PSH. Sebenarnya, banyak point negatif yang perlu mendapat perhatian kita sebelum menerima tawaran sebagai PSH. Jika tiada pilihan, go on. Tetapi, jika kita telah bekerja tetap di sektor swasta, better teruskan bekerja dan jangan sesekali menerima tawaran sebagai PSH. Entah allien mana yang merangka skim PSH ni ntah. 

Antara perkara negatif yang perlu kita pertimbangkan sebelum menerima tawaran:-
  • Tiada slip gaji. Amat pelik sebab kita terima upah tanpa sebarang dokumen yang menyatakan perincian upah kita. Cukup bulan, kita cuma sedar duit dah masuk bank. 
  • Tiada caruman PERKESO. Jika sesuatu kemalangan berlaku ke atas kita sewaktu pergi dan balik, waima sewaktu melaksanakan tugas, tiada pampasan yang akan kita dapat.
  • Layanan Chipsmore. Percayalah, korang akan rasa korang amat dihargai bila korang diperlukan. Dan, korang akan rasa diketepikan bila kudrat korang dah tak diperlukan lagi.
  • Tiada Bonus. Bagi tahun 2016, PM umumkan pemberian emolumen RM500 bagi kakitangan kerajaan. Korang jangan berangan nak merasa.
  • Tiada jaminan. Bekerja sebagai PSH di jabatan kerajaan bukan menjadi satu jaminan untuk korang diserap sebagai staff tetap. Untuk sambung kontrak pon belum tentu dapat, sebab PSH ni 100% bergantung kepada peruntukan Pusat dan keperluan semasa jabatan.
  • Gaji tidak menentu. Jangan terkejut kalau gaji korang lewat masuk. Hal gaji ni pulak bergantung kepada kecekapan pekerja bahagian kewangan. Kalau jenis yang kerja pandai melawa saja, kerap la korang dapat gaji lewat.
Honestly, aku tak faham dengan title PSH ni. Dinafikan sebagai pekerja sektor awam. Dan bukan juga pekerja swasta. Undang-undang buruh yang selama ini terpakai bagi menjaga kebajikan sektor swasta sama sekali tidak terpakai bagi melindungi pekerja PSH. PSH semata-mata berdasarkan keputusan yang dibuat oleh Ketua Jabatan. Kalau dah takde pilihan, takpe la untuk kita terima jawatan sebagai PSH nih. Kalau tak, better move away dari "PSH Sheme" yang semata-mata memerah kudrat kita dan akhirnya kita yang susah sendiri. Manusia yang merangka skim PSH ni terlupa agaknya, mereka yang ditawarkan jawatan sebagai PSH kesemuanya manusia seperti dia, bukan anak kucing yang dibuang di pasar-pasar dan menunggu pengunjung untuk meminta makan.

Tepuk dada, tanya selera.

No comments:

Post a Comment