Dah hampir 2 tahun dunia dibelenggu pandemik Corona Virus Covid-19. Memula dengan angka "sa", membawa ke "puluh". Kemudiannya melonjak ke "ratus" hinggalah kini ke tanggan "puluh ribu". Satu dunia kelam kabut dan terkial-kial mencari penawar dan vaksin. Hingga kini, belum ada tanda-tanda kelegaan memandangkan jumlah kes terus naik turun tanpa menunjukkan tanda-tanda akan reda. Kononnya, bermula di Wuhan China dan terus merebak keseluruh pelusok dunia.
Malaysia, turut terkesan teruk dengan pandemik ini. Hinggalah Kerajaan pernah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac 2020. Semua sektor telah ditutup kecuali sektor essential seperti perniagaan runcit, kesihatan, keselamatan dan utiliti. Kemudian, sektor ekonomi dibuka secara berperingkat apabila kes menurun. namun, kes kembali melonjak apabila Sabah mengadakan Pilihanraya Negeri pada September 2020 dan terus melonjak sehingga kini.
Kerajaan telah berhabis banyak untuk memperuntukkan pelbagai bantuan kepada rakyat-rakyat dan perniagaan yang terjejas. Dari bantuan wang ringgit, hinggalah kepada bantuan foodpack yang disalurkan menerusi pelbagai agensi.
Bantuan-bantuan ini disediakan khas untuk rakyat-rakyat yang terjejas pendapatan dan pekerjaannya. Untuk perniagaan-perniagaan kecil yang terpaksa menghentikan aktiviti mereka.
Percaya atau tidak, ada keluarga yang terputus makanan berhari-hari sehinggalah anak-anak terpaksa menagih simpati dari jiran-jiran demi semulut nasi. Percaya atau tidak, Makcik Kiah sendiri tidak mampu memulakan kembali warung nasi lemaknya setelah beberapa bulan terpaksa di tutup. Berimaginasikah kita dengan banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar disebabkan sektor pelancongan terus ditutup bagi mengelakkan makin merebaknya Covid-19 ni?
Bantuan demi bantuan yang disediakan secara langsung untuk membantu golongan-golongan ini la.