Watdefak!! tiap kali 30 Ogos mai, aku jadi macam ni. Rasa macam semalam jer. Dah sepuluh tahun kowt. Awat aku tak boleh nak lupakan Allahyarhamah?
Mungkin aku ngan dia amat rapat dulu. Bila ada skru longgar dalam kepada, dia la tempat aku mengadu. Dia la tempat aku lepaskan segala kekusutan.
Dia juga yang tahu segala isi hati aku, segala nafsu makan aku, segala keperluan aku, segala kekurangan aku. Tiada orang lain yang lebih mengetahui tentang aku, selain dia.
Mak, nape mak tinggalkan aku terlalu cepat? Nape mak tak bawak aku sekali?
Mak, dulu, selepas setahun dua mak pi, mak selalu mai dalam mimpi aku. Awat mak tak mai lagi la ni? Aku rindu mak sangat-sangat.
Mak, hari ni, pukul 4.55 petang, genap la 10 tahun Masehi mak dijemput Allah Yang Esa. Semoga mak aman disana. Aku takkan sesekali lupa untuk doakan untuk kebahagian mak.
Al-Fatihah.
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment