Pages

Monday, 3 September 2012

Sex Dihujung Jari

Dulu, [refer zaman aku kecik-kecik dalam tahun 80-an hingga 90-an], kalau nak tengok porno, semata-mata kat majalah yang susah nak dapat. Tidak pon, kena cari video tape yang boleh disewa kat mana-mana kedai  video. Kalo tak silap, untuk sewa kena jadi ahli dengan bayaran tertentu dulu. Kemudian baru boleh sewa dengan harga RM 2 untuk seminggu.


Teknologi berkembang. Dari video tape ke CD dan DVD yang boleh dibeli dengan harga RM 5. Dijual di merata pelusuk tempat. Kalau ada jual CD/DVD, mesti ada jual yang lucah punye.

Kemudian, ada pulak teknologi internet. Internet ni dulunya ramai yang guna bukan sekadar nak cari maklumat. Tapi lebih kepada relaks-relaks, sembang-sembang, cari naked pic. Then, internet itu sendiri berkembang, dari photo, kepada clip-clip video dan full lenght video. Selari dengan komputer, dari yang besar gedabak yang harganya beribu-ribu, terus berevolusi kepada sekecil tapak tangan yang harganya beratus ringgit.

Kemudian, teknologi handphone pulak, dari handphone untuk sms/call, berkembang kepada yang berkamera dan yang terkini, berinternet. So now, anywhere consumer boleh akses sebarang maklumat kat internet tanpa mengira tempat. Selagi berhandphone bijak dan berinternet, semuanya dihujung jari.

Honestly, la ni, budak-budak sekolah rendah pon sudah berani akses porn kat internet. Tu tak kira lagi yang berani buat video sesama kawan. 

Tu baru budak-budak yang masih hanyir dan tak tahu banyak tentang sex. Yang remaja dan dewasa yang dah tahu serba serbi pulak macam mana? Pasti lebih advance kan. 

Internet ni dah jadi tempat hang-out utama mencari 'jodoh' puaskan nafsu. Internet menjadi tempat, mencari modal untuk melepaskan apa yang tertekan. Internet juga la medium paling mudah dan paling cekap bagi lelaki atau perempuan mencari pasangan. Tak kire la pasangan tu untuk long term or smart tag style [touch n go da ketinggalan bhai]. Cari, ngayat, mintak no phone or BB PIN, date, and siap. Mudah n senang. 


No comments:

Post a Comment