Pages

Monday, 15 October 2012

Kompeni Besar, Menang Award Tiap Tahun, Belum Tentu Professional


Ini kisah pengalaman aku berurusan dengan salah sebuah konglomerat besar, (bukan sebagai pelanggan tetapi sebagai business partner/pekerja) yang memenangi Brand of the Year, pada majlis penganugerahan Putra Brand Awards 2012 yang lepas.

Sebagai sebuah syarikat yang ada nama, terkenal di seluruh dunia, ramai yang akan setuju sekiranya aku katakan, sistem kerja syarikat tersebut semestinya professional. Ada birokrasinya dalam urusan, itu untuk melicinkan perjalanan urusan, bukan menyusahkan.

Walaupun sebagai pekerja, syarikat-syarikat tersebut semestinya dianggap lebih masuk akal dalam tindakan dan mengendalikan segala urusan, mempermudahkan segalanya untuk melicin dan melancarkan perjalanan aktiviti. Apatah lagi sekiranya, urusan itu melibatkan pelanggan-pelanggan yang perlu di jaga.

Apa guna jika pekerja atasan yang dibayar gaji yang tinggi oleh konglomerat terkenal tersebut, gagal memahami dan bertindak secara lebih professional, setara dengan nama gah tempat dia bekerja.

Ni aku nak nasihat kepada Konglomerat tu, terutama kepada kakitangan di Pulau Pinang, get a polite staff yang tahu adat, tahu berbahasa, dan tahu menghormati orang lain. Jangan ingat dia antara boss kat situ, dia boleh berkata apa saja tanpa mempedulikan dengan siapa dia bercakap. Jangan suka-suka mengugut pekerja atau business partner. Bukan semua orang beranggapan kerana duit akan buat apa saja. Orang lain pon boleh beri kita masalah jika kita selalu beri masalah kepada orang.

Kita bercakap soal team work. Tapi, dimanakah team work yang syarikat besar tu selalu tekankan? Bullshit.

Kalau itu pon dia gagal untuk penuhi, better quit. Lagi satu, setiap kerja yang nak dilakukan, sila-silalah susun jadual dengan tepat. Macam mana boleh issue Job Order sedangkan material entah kemana? Alasan store department tak dak contact no staff/biz partner, so diorang tak boleh nak issue material, adalah alasan bodoh jika dilakukan oleh staff sesebuah syarikat ternama. Everyday you call me, but, how come your store department can't get my contact number? 

ASTRO IPTV, please note that. (Terus letak nama Syarikat Besar tu). Not everyone can ignore everything for money. Tolonglah hantar staff yang bermasalah tu belajar moral, sivik, dan pengurusan. Bukan untuk sesiapa, tapi untuk dia dan syarikat juga.


No comments:

Post a Comment