Pages

Friday, 5 October 2012

Lagi Berita; Penuntut UiTM Merbuk Kemalangan

Sumber: Sinar Harian 5 Oktober 2012, halaman U3 [klik untuk besarkan]

Aku masih tak nak komen tentang kejiadian tu. Cukup aku katakan, aku turut bersedih dengan apa yang jadi.

Semalam aku bersembang tentang kadar kemalangan jalan raya dengan salah seorang rakan aku warga Scotland. Dia amat-amat terkejut dengan rekod kemalangan di Malaysia. 

"Di sini, kemalangan berlaku terlalu kerap, merata-rata tempat."

Yup, aku pon setuju. Warga kita terdedah dengan kemalangan jalan raya setiap masa. Mungkin sikap pemandu kita yang terlelalu mementingkan diri sendiri apatah lagi kalau pemandu tu sedang kendalikan kenderaan yang besar. Makin besar kenderaan, makin ego, sombong dan bongkak dan enggan menghiraukan kehadiran pemandu lain yang kenderaannya lebih kecil.

Bila terjadi sesuatu kecelakaan, mula beralasan pelbagai. 

Mengapa warga kita gagal menjadi pemandu yang lebih berhemah dan lebih mementingkan keselamatan semua pihak. Kita nak jadi negara maju tapi pemandu kita terlalu "perak" bila berada dijalan raya. Masing-masing terkejar-kejar seolah-olah destinasi yang dituju tu takkan tunggu kita. 

So, please Malaysian, be a good driver, not a bullshit driver.


No comments:

Post a Comment