Pages

Sunday, 4 November 2012

Buang Virus. Win32.Sality.bh

Tudia. Tajuk kali ni. Sah-sah ramai juga yang dok cari menatang apa "Virus. Win32.Sality.bh" tu. Virus. Win32.Sality.bh tu salah satu program jahat menjangkiti fail pada komputer mangsa. Ia direka bentuk untuk membolehkan pengguna yang tidak dibenarkan untuk memuat turun dan melancarkan malware lain pada komputer. Ia adalah fail Windows PE EXE dan ditulis dalam C + +, bersaiz 70.656 bait dan di zip padat dengan kira-kira 574 KB saiz.

Baru-baru ni, Aku terima sebuah notebook, dengan OS Windows 7 Home Premium dan memiliki Kaspersky Internet Security 2013. Tuan dia, aweks lawa, cite, Notebook dia tak boleh scan virus dan pendrive dia memanjang file jadi hidden.

Lepas aku jampi lebih kurang, aku dapat tau la jenis virus yang dok berkampung dalam notebook aweks nie.   Punya la teruk, sampai program anti virus dia pon dah tak loading. Sama je macam tak dak anti virus. 

So sesapa yang nak remove virus ni, boleh juga follow step-step aku kat bawah ni.

  1. Download Sality Killer dan Sality RegKeys. (Klik je kat situ).
  2. Unzip SalityKiller.zip tu dan double click untuk mulakan program. Perlu diingat, semasa proses inim jangan dok gatai-gatai tangan nak guna komputer. Biar program ini berjalan secara aman tanpa gangguan.
  3. Bile dah siap, unzip pulak SalityRegKeys.zip dan double klik pada Disable_autorun.reg.  
  4. Reboot komputer dan perhatikan sama ada antivirus tu dah boleh load atau tak. Kalau boleh load, update database anti virus tu.
  5. Bile dah siap update, sila scan sistem komputer (full scan) untuk pastikan komputer korang bebas bakteria dan kesan degil.
  6. Kalau antivirus masih tak boleh load, sila un-install antivirus tu dari control panel, dan install semula.
Hope, post aku kali ni dapat membantu korang.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment