Dulu-dulu, sehari sebelum raya, orang kampung sibuk. Sediakan ketupat, kuih-muih, masak memasak, kemaskan rumah dan macam-macam aktiviti yang terlintas dalam fikiran.
Ada orang, tidak sah rayanya kalau tak dak rendang ayam. Sebelum sembelih ayam, tuan ayam akan tabur beras bagi santapan-ayam-ayam peliharaannya. Ayam yang tak tau apa-apa, akan mematuk dengan seleranya. Si Tuan, meliar matanya memerhati dan memilih mana satu ayam yang akan di'rendang'kan. Sedang ayam asyik, Tuan ayam akan menangkap ayam pilihan hati, disembelih, diproses dan di'rendang'kan.
Itu cerita raya.
Ini pulak cerita pilihan raya. Masih ada kaitan dengan raya.
Ada pihak, sengaja menabur segala macam termasuk duit, barang keperluan rumah dan pelbagai janji. Ingat balik cerita tuan ayam dengan ayam. Tuan ayam menabur beras tu semata-mata untuk mendapatkan ayam untuk dijadikan rendang. Dalam pilihan raya, pihak terdesak, akan menabur segala macam bantuan material dan kewangan kepada kita untuk mendapatkan undi. Sebelum pilihanraya, merekalah yang paling memahami kehendak dan keperluan rakyat, tekanan-tekanan rakyat. Tapi, selepas pilihan raya, rahyat diketepikan demi kekayaan mereka dan kroni-kroni mereka. Enough.
Jangan pilih pihak yang membawa kepada kehancuran. Jangan pilih pihak yang jauh dari kemanusiaan dan keagamaan.
Pilihlah pihak yang lebih dekat dengan nilai keagamaan, kemanusiaan, keadilan. 2008, Tuhan sudah memperlihatkan kita dengan wujudnya dua kelompok pemerintah. BN dan PR. PR dihadiahi dengan 4 negeri. Dari situ, kita boleh nilai sejauh mana kejujuran dan keihlasan mereka memerintah. Begitu juga BN, selain menguasai federal, BN juga menguasai majoriti negeri di Malaysia. Dari situ juga kita boleh lihat, sejauh mana keupayaan mereka dalam membela nasib rakyat. Pilihlah dengan hati dan akal yang waras. Demi masa depan kita, anak cucu kita.
Terpulang kepada kita, nak jadi manusia, atau nak jadi ayam. Pilih kerajaan, bukan kerana dia bagi itu ini. Tapi pilih kerajaan, perlulah fikirkan masa depan dan kelangsungan hidup.
No comments:
Post a Comment