Dari Facebook, Ilya Grad, Juara Tinju Muay Thai Isreal, dengan bangga mempamerkan gambar beliau di Suria KLCC, kira-kira 33 minit sebelum artikel ni ditulis. I sneak in again, statusnya sambil posing di depan bangun Petronas Twin Tower.
Sebelum ini, Grad mencipta sejarah kerana memasuki Malaysia menggunakan pasport
Israel sedangkan undang-undang Malaysia jelas melarang pemegang pasport
Israel masuk ke Malaysia selepas dijemput mengambil bahagian dalam rancangan realiti AXN Asia "Muaythai Challenger" . Setiba dia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Grad ditahan selama 25 jam, tetapi akhirnya dibenarkan masuk ekoran
campur tangan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Malah pasportnya tidak
dicop semasa melalui pemeriksaan pegawai imigresen. Semasa pertarungan pertama,penganjur mahukan beliau mengibarkan bendera Rusia iaitu negara asal beliau dilahirkan. Akhirnya penganjur membenarkan beliau mengibarkan bendera Israel.
Hari ini, Ilya Grad dipercayai sekali lagi memasuki Malaysia (berdasarkan gambar dan apps check-in Facebook beliau). Jika beliau hanya memiliki passport Israel, bagaimana agaknya dia masuk?
Hope kemasukan dia kali ni bukan disebabkan ketirisan kat Imigresen, atau saluran-saluran yang tak betul. Kalau tidak, nampak sangat pintu masuk kita ni senang-senang untuk orang datang walaupun undang-undang sendiri mengatakan tak boleh.
boleh masuk la..cuma tak pasport dorang tak distampkan..and lagi satu kena ada surat kebenaran dari kementerian dalam negeri kalau tak silap la..orang malaysia pun kalau nak pergi israel pun kena buat perkara yang sama gak..malaysia nie memang best la........tu yang si israel tu terhegeh hegeh nak datang kat negara kita..orang kita jer sibuk condemn malaysia tak best...
ReplyDelete