Pages

Thursday, 21 March 2013

Internet Percuma 30 Minit



  1. PM Najib dah umumkan internet percuma 30 minit sehari kepada rakyat Malaysia terpilih, iaitu yang berpendapatan RM3000 ke bawah. "Hadiah" ini akan disalurkan melalui semua Telco yang ada seperti Telekom Malaysia, Maxis, Celcom, Digi dan P1.
  2. Kebanyakan pakej-pakej yang ada di TM (Streamyx & Unifi) adalah pakej tanpa had (unlimited). Jadi timbul persoalan, apa guna 30 minit percuma sedangkan pakej yang dilanggan adalah pakej tanpa had. Adakah diberikan rebet kepada pengguna setiap bulan?
  3. Jika melanggan pakej broadband dari Celcom, Maxis, Digi, P1 dan sebagainya, pelanggan terikat dengan kuota. Jika kuota habis, internet masih boleh digunakan walaupun speednya diperlahankan. So, dengan pengenalan interner percuma tersebut, adakah diberikan lebih kuota kepada pengguna atau ada mekanisma lain yang telco perlu perkenalkan?
  4. Aku melihat, pemberian ini sekadar suka-suka untuk menambah pelanggan telco. Rakyat takkan dapat internet percuma ini jika tidak melanggan sebarang pakej dari telco yang ada. Ini sebahagian daripada langkah kerajaan membantu syarikat telco yang perkhidmatannya ala kadar kepada rakyat kita. Lagi satu, aku terasa seperti rakyat Malaysia dihina. Rata-rata rakyat meminta supaya perkhidmatan internet lebih stabil, laju dan harga yang murah seperti negara-negara jiran yang lain. Itu sudah memadai. Bila diperkenalkan 30 minit internet percuma, sama seperti kerajaan menghina pengguna internet Malaysia. Tidak salah, tapi, macam bangang.
  5. Masih ada kawasan berpenduduk yang masih menggunakan perkhidmatan internet Dail-up. Kelajuannya menduga iman. perlahan yang amat sangat. 30 minit belum tentu memadai untuk mereka mendapat apa yang mereka nak dari internet.
  6. Jika sasaran kerajaan adalah golongan miskin, adakah golongan sasaran itu memiliki komputer/laptop/smartphone? Adakah mereka mampu memiliki alatan teknologi tersebut, atau mereka lebih selesa ke cyber cafe yang bercambah di seluruh negara. Bukankan lebih bagus kalau disediakan budget untuk mereka meningkatkan taraf hidup mereka sekeluarga?
  7. Jangan kerana terdesak untuk menarik populariti pilihanraya, maka diperkenalkan benda-benda yang mengarut ni. Banyak insentif atau perkara lain boleh diperkenalkan untuk membantu rakyat. Insentif internet percuma ni cuma memperlihatkan usaha untuk membantu pihak telco menambah untung. Jangan tunjukkan kegugupan sendiri hingga orang boleh persoalkan apa yang kita buat tu ikhlas ke tidak. Kalau betul nak rakyat guna internet percuma, mungkin boleh belajar dengan kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.

No comments:

Post a Comment