Dah lama tak mengadu tang nih. Sejak berhijrah lagi ni, masa tak berapa nak ada untuk hapdet blog-blog yang haku ada.
Kali ni, haku nak beleber pasai SUKA, RINDU dan CINTA. Bukan apa, masih ada insan yang tersalah faham dengan tiga perkara tu. Tak salahkan depa, maybe haku sendiri yang salah bagi explaination kat depa. Al-maklum la, masa conversation tu haku tengah sesak dada ( terasa macam sakit haku sebelum ni mai balik ), dah tu tengah stress dengan gheja pulak tu.
SUKA
Bila disebut suka, bermakna haku senang dengan seseorang tu. Sama ada sikap dia, perangai dia atau apa-apa saja yang melibatkan dia. Kalau ada sikit-sikit kekurangan dia tu, buat apa nak perbesarkan. Kita bukan nabi yang dilahirkan dengan sempurna dalam semua segi.
Bila suka, semestinya kita berminat untuk jadi kawan. Atau lebih baik jadi sahabat. Ya lah, haku tak ramai pon kawan-kawan @ sahabat yang boleh sama-sama berkongsi suka dan duka nih. Haku lebih suka berhubungan sebagai kawan memandangkan hubungan ini lebih mudah untuk kekal selama mungkin. Berbeza dengan hubungan sebagai couple yang mudah sangat terguris dan mula menjarakkan diri lalu terus hilang.
Suka boleh disulam dengan sayang. Suka tanpa sayang bisa membuatkan kita tidak menghargai dan mementingkan diri sendiri. Suka dengan sayang semestinya akan ujudkan satu ikatan persahabatan yang lebih ikhlas dan jujur, lebih bertanggung jawab dan lebih suci.
RINDU
Haku dah dua tahun lebih lone ranger. Bila sesekali dapat lepak dengan seseorang yang haku SUKA, terasa dunia ni mula memberikan cahaya yang terang untuk haku kembali bangkit. Once haku rasa macam tu, haku akan jadi RINDU untuk ada dalam situasi tu lagi. So, haku akan pilih untuk inform saja dia yang haku rindu. Rindu tu semestinya rindu kat dia yang buat haku rasa wujud di bumi ni, rindukan semua percakapan dan perbuatan dia yang haku boleh senyum selepas bertahun haku berperang dengan sejarah hitam dalam life haku.
Cuma, ada kala, orang akan tersalah faham dengan RINDU. Apakah rindu tu cuma boleh wujud bagi pasangn yang dibuai dengan perasaan cinta saja?
Rindu ini terlalu luas. Yang penting rindu yang bagai mana. Rindu kalau tersasar pembawakkan, boleh menlahir dan menzahirkan bibit-bibit cinta.
CINTA
Cinta tu murni. Kehadiran cinta tidak boleh dipaksa, dan tidak boleh ditahan. Cinta boleh menjadi pembakar semangat yang maha kuat dan boleh menjadi pelebur kekuatan jiwa yang teramat pahit. Cinta boleh dirasa tapi tiada siapa dapat mengerti mengapa cinta itu boleh menjadi senjata yang menunggu masa untuk menikam kita.
Cinta tidak boleh dilafazkan sesuka hati. Ia terlalu bernilai untuk dijaja ke sana ke mari. Dalam cinta ada suka dan rindu. Tapi dalam suka dan rindu belum pasti adanya cinta.
Cinta haku sudah lama habis. Tiada cinta baru yang haku boleh berikan kepada sesiapa saja buat masa ini. 100% cinta haku dah diambil orang, walaupun dia sudah tiada dan dia dia lupa memulangkan kembali untuk haku berikan kepada insan lain yang sanggup mengisi kekosongan.
Jangan salahkan cinta kalau hubungan itu gagal. Tapi salahkan pasangan bercinta kerana merekalah yang gagal menaksir cinta dengan sejujurnya.
Buat DIA saya suka dan rindu kamu...
No comments:
Post a Comment