Time rest tadi aku gi umah mak sedare aku. Dia ni warga emas dah. Tinggal ngan anak dia yang sebaya dengan mak aku (kalau mak aku masih ada la). Tiap kali aku pi situ, banyak je cerita yanh depa dua ni kongsikan. Pasal sepupu-sepupu aku, pasal pokok-pokok, pasal cucu-cucu, macam-macamlah.
Entah macam mana, keluar cerita saat-saat akhir kehidupan mak aku.
Kazen: Dua tiga hari selepas arwah tak dak, ada mimpi pasai dia. Pakai serba putih dari hujung kepala sampai hujung kaki. Senyum tak terkata apa. Muka dia ceria.
Mak Sedara: Ngah dan (sempat) jaga dia, sampai habis nyawa dia. (Mak aku memang rapat dengan mak sedara aku ni, kire pangkat adik ipar mak aku la)
Aku yang baru sudah makan nasi tu, sebak. Mula tarik asap rokok dalam-dalam. Harapan aku, jangan sampai sebak tu diterjemah menjadi air mata.
Kazen: Seminggu sebelum dia tak dak, dia ada pesan. Dia suruh pi ambek kain baju yang dia dah kemas dan letak kat tepi lemari. Dia cakap dia dah tak perlukan pakaian tu. Dia dah nak pi jauh dah. Kita (kazen bahaskan diri dia sebagai kita) ni cakap la, awat kata lagu tu, Wa (panggilan mesra kazen kepada mak aku) akan sihat. Insyaallah. Jangan-jangan, kita pi dulu sebelum Wa.
Masuk part ni, air mata aku dah tak mampu aku tahan. Mengalir laju. Kebetulan, hujan pon turun kat luar. Aku tak pernah lupa, bagaimana mak aku tanggung derita berbulan-bulan. Dari seorang yang ceria berubah menjadi pendiam. Satu demi satu derita datang menjengah dia.
Mak sedara: Dekat Ngah pon dia ada pesan, tolong tengok-tengokkan Ariff (adik bongsu aku), dia kecik lagi. Abang-abang dia tak pa, pakat besaq belaka dah.
Kazen: 2 hari sebelum Wa tak dak, Pak Cik Li (adik tiri mak aku) ada tegur, awat kaki kak hitam. Kita cepat-cepat potong. Jangan kata macam tu, sat gi Wa dengar. Memang kaki Wa nampak hitam. Lepas tu Wa sendiri kata, betoi la. Satu badan nampak hitam ni. Kita saja nak sedapkan hati dia, dak la, mana ada hitam, perasaan Wa ja tu. Kita nampak macam biasa ja.
Petang tu, mak aku pon dimasukkan ke operation theatre. Pembedahan buang kidney. Selesai operate, kesihatan mak mula merosot. Darah tak henti-henti mengalir. Bila doc siasat, puncanya adalah ada ketumbuhan dalam rahim mak yang pecah dan doc tak dapat trace sebelum ni. 30 Ogos 2002, jam 4.55 petang, aku dapat satu panggilan telefon dari abang ipar aku (mulanya aku tak tau tu abg ipar aku, aku dah lama tak bercakap dengan dia dan aku takde simpan nombor dia). Panggilan tu amat berat buat aku dan kesannya masih ada kini. Sebab panggilan tu, aku kadang-kadang agak phobia dengan call in dari nombor yang aku tak kenal.
Kazen: Selepas dia tak dak tu, kerap juga mimpi dia. Dia selalu mai dengan senyuman, berseri-seri dan tak pernah bercakap sepatah pun.
Bila kazen ngan mak sedara aku sedar aku menangis, depa mula ubah topik lain. Ada la dua tiga ayat yang aku sampuk sepanjang depa dok bercerita tu, tapi kebanyakkannya tergantung. Aku tak mampu teruskan ayat aku, sebak. Sebenarnya aku dah dapat tanda-tanda pada waktu pagi yang aku akan kehilangan mak. Cuma aku anggap itu mainan perasaan memandangkan mak aku dah lama sakit teruk di hospital.
Dulu aku selalu bermimpi yang dia datang nak ambek aku. Tapi la ni, dah lama aku tak dapat mimpi tu. Aku amat harap, mak aku dapat datang dan bawa aku sama-sama dengan dia, walaupun aku tau, aku tidaklah seputih salju, sesuci embun.
Mak, bangcik rindu mak....
No comments:
Post a Comment