Aditakesa bukanlah seorang pengamal perubatan dan segala kandungan dalam artikel ini adalah dari pembacaan, pengalaman dan maklumat yang diperoleh dari pihak-pihak yang mengamal perubatan moden. Penulis sekadar berkongsi dan tidak bertanggung jawab sekiranya ada kesilapan fakta dan menimbulkan elemen-elem negatif hasil dari permbacaan artikel ini. Terima kasih.
Selepas selesai melakukan prosedur endoscopy, iaitu memasukkan kamera dari mulut hingga ke perut, doktor mengesahkan haku mengidap GERD dan mempunyai virus Helicobacter Pylori dengan tompokan kecil bewarna putih di dinding usu haku. Doktor telah membekalkan haku dengan beberapa jenis ubat dan salah satunya adalah Pantoprazole.
Dua minggu pertama, ubat tersebut aku perlu ambil dua kali sehari. Sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam. Ubat tersebut perlu di ambil sejam sebelum makan atau dua jam selepas makan. Ketika dalam tempoh pengambilan ubat tersebut, haku alami beberapa kesan sampingan seperti tekak aku mengering, kekerapan ke tandas bertambah, najis lembik dan adakalanya cair, pening-pening dan cepat lapar.
Selepas sebulan, haku dibekalkan pula bekalan Pantoprazole untuk sebulan dan dos dikurangkan kepada sebiji sehari dan digalakkan pengambilannya pada waktu pagi. Apa yang haku rasa, perut haku sudah kurang kembung cuma sendawa dan kentut yang kerap masih berterusan. Kesan ini lebih menyelesakan haku berbanding dulu.
Itu cerita beberapa bulan dalam tahun 2019. Tetapi, haku yang merasa selesa dengan ubat tersebut dengan pandai dan bijaknya mendapatkan bekalan ubat tu dari farmasi swasta. Doktor-doktor klinik enggan memberikan haku ubat ini memandangkan ubat ini hanya boleh diberikan oleh doktor pakar sahaja. Dan, doktor-doktor juga melarang untuk haku mengambil ubat ini dalam tempoh yang panjang. Kata mereka, ubat ini merbahaya dan boleh menyebabkan CKD (Chronic Kidney Diseases). Malah, ada uga doktor memaklumkan yang ada kajian terbaru berkaitan Pantoprazole yang boleh menyebabkan pengamalnya berdepan dengan masalah kanser usus. Haku mula mengurangkan kebergantungan haku dengan Pantoprazole walaupun drug ini sentiasa ada dengan Haku. Kini haku cuma mengambil Pantoprazole sekiranya perut haku kembung teruk, tekak banyak kahak dan terasa amat sukar untuk bernafas. Selalunya dalam seminggu atau dua minggu sekali saja.

