Pages

Wednesday 21 July 2021

Covid-19 dan Tamaknya Orang Kita

 


Dah hampir 2 tahun dunia dibelenggu pandemik Corona Virus Covid-19. Memula dengan angka "sa", membawa ke "puluh". Kemudiannya melonjak ke "ratus" hinggalah kini ke tanggan "puluh ribu". Satu dunia kelam kabut dan terkial-kial mencari penawar dan vaksin. Hingga kini, belum ada tanda-tanda kelegaan memandangkan jumlah kes terus naik turun tanpa menunjukkan tanda-tanda akan reda. Kononnya, bermula di Wuhan China dan terus merebak keseluruh pelusok dunia.

Malaysia, turut terkesan teruk dengan pandemik ini. Hinggalah Kerajaan pernah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac 2020. Semua sektor telah ditutup kecuali sektor essential seperti perniagaan runcit, kesihatan, keselamatan dan utiliti. Kemudian, sektor ekonomi dibuka secara berperingkat apabila kes menurun. namun, kes kembali melonjak apabila Sabah mengadakan Pilihanraya Negeri pada September 2020 dan terus melonjak sehingga kini.

Kerajaan telah berhabis banyak untuk memperuntukkan pelbagai bantuan kepada rakyat-rakyat dan perniagaan yang terjejas. Dari bantuan wang ringgit, hinggalah kepada bantuan foodpack yang disalurkan menerusi pelbagai agensi.

Bantuan-bantuan ini disediakan khas untuk rakyat-rakyat yang terjejas pendapatan dan pekerjaannya. Untuk perniagaan-perniagaan kecil yang terpaksa menghentikan aktiviti mereka. 

Percaya atau tidak, ada keluarga yang terputus makanan berhari-hari sehinggalah anak-anak terpaksa menagih simpati dari jiran-jiran demi semulut nasi. Percaya atau tidak, Makcik Kiah sendiri tidak mampu memulakan kembali warung nasi lemaknya setelah beberapa bulan terpaksa di tutup. Berimaginasikah kita dengan banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar disebabkan sektor pelancongan terus ditutup bagi mengelakkan makin merebaknya Covid-19 ni?

Bantuan demi bantuan yang disediakan secara langsung untuk membantu golongan-golongan ini la. 


Tapi sayang, hasrat murni pihak berwajib membantu golongan yang memerlukan ini telah diambil kesempatan oleh mereka-mereka yang tamak haloba. Masih ada golongan yang gemar mengambil kesempatan atas kelemahan sistem penyampaian dengan memohon bantuan-bantuan yang dikhaskan untuk masyarakat terkesan. 
Ada kisah, sewaktu agihan bakul makanan, penerima sampai tak tahu nak simpan kat mana, disebabkan banyak stok makanan yang diterima dari berbagai sumber. Ada kisah, isteri memohon bakul makanan, suami masih mempunyai pendapatan yang baik. Ada juga, suami isteri masih mempunyai pendapatan yang tidak terjejas, tetapi tanpa rasa malu mereka memohon bantuan bakul makanan. Ada juga cerita, perniagaan menjana pendapatan sekitar RM 100,000 sebulan, melebihi pendapatan sebelum Covid-19 tapi tetap juga memohon Geran Khas Prihatin (GKP).

Kecewa. Kecewa bila tengok data-data permohonan. Terutama bagi bantuan tanpa syarat ni. Kita sepatutnya bertindak waras. Bantuan yang ada tu terhad dan ada ibu bapa yang amat terkesan waktu ini. Sanggup ke kita tengok, anak-anak kecil terpaksa menyelongkar tong sampah, atau, meminta-minta dari orang ramai hanya kerana mahu menghilangkan lapar. Bermaruahkah kita sekiranya masih mampu, tapi kita rebut bantuan yang dikhaskan kepada mereka yang amat memerlukan.

Hari ini, kita bukan berjuang untuk menjadi kaya raya, tapi kita berjuang demi sesuap nasi untuk keluarga kita. Ingatlah, mengambil hak orang lain, membuatkan hidup kita tidak tenang dan diulit dosa yang berat. Hiduplah sebagai manusia yang BERMARUAH!!!!


Tuesday 9 February 2021

Buat Duit Dengan Binance?



Pasti ramai yang sudah tau dan kenal dengan Crypto Currency. Dari yang tahu tu, pasti ramai yang telah sama-sama jana duit dengan matawang digital ni. Bitcoin, xRP, Etherium dan Litecoin adalah antara mata wang crypto  yang dikenali di Malaysia.

Sebenarnya, matawang digital ini membuka peluang kepada kita semua untuk buat duit dengan cepat jika kena dengan caranya. Banyak platform boleh digunakan untuk menjalankan urusniaga yang melibatkan jual beli crypto. Tetapi, perlu diingat, urusniaga ini terdedah dengan kerugian dan sekiranya silap langkah, kita boleh sekelip mata mengalami kerugian. Sebaliknya, kita sepatutnya belajar memahami pasaran dengan baik sebelum menceburkan diri. Dan, fahami dulu langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya pasaran berubah berbeza dengan apa yang kita jangkakan.

Binance adalah aplikasi platform No. 1 dunia untuk berurusniaga matawang digital dan caj yang dikenakan adalah antara yang terendah jika dibandingkan dengan platform-platform lain. Dengan serendah USD 20, kita sudah boleh memulakan urusniaga di Binance. Apa yang menariknya, Binance turut menyediakan plan investment yang menarik. Sama ada yang fleksible, kadar tetap atau pun produk tinggi risiko selain pelan "savings" asas. 

Dalam Binance, kita boleh depositkan Ringgit Malaysia dan terus membeli sama ada USDT (Tether), BTC (bitcoin), BUSD Binance USD), BNB (Binance Coin) atau ETH (Etherium) sebelum membeli matawang digital yang lain. Namun, kebiasaannya, pedagang dari Malaysia lebih suka memilih USDT memandangkan kadar tukarannya lebih stabil berbanding sandaran lain yang lebih tinggi ditawarkan dari harga pasaran.

Kita juga boleh keluarkan wang kita pada bila-bila masa yang kita kehendaki. Namun, ia juga bergantung kepada komunikasi antara Binance dan pilihan yang telah kita daftarkan. Pada permulaan, prosesnya kelihatan sedikit rumit. Kita perlu membiasakan diri dan semuanya akan lancar kemudiannya.



Jika anda mahukan 10% komisyen atas setiap transaksi di Binance, anda boleh daftarkan akaun anda dengan menekan LINK INI.  Daftar, verify akaun anda dan mulakan urusniaga di Binance. Pastikan XE0JXN6I dimasukkan pada ruangan referral ID.

Dapatkan your first coin with Binance dan Selamat menjana keuntungan bersama BINANCE!



 

Monday 10 August 2020

Saluran Baru MyTV; Awesome TV - Memang Ohsem!!


Akhirnya, pada 3 Ogos 2020 bertambahlah satu lagi channel dalam keluarga MYTV, saluran TV digital percuma di Malaysia. Setakat hari ni, boleh dikatakan AWESOME TV ni mengingatkan dengan pelancaran Stesen NTV 7 dulu, yang masa tu dimiliki oleh Datuk Effendi Nawawi, suami kepada Puan Sri Tiara Jacquelina. Ketika itu NTV 7 meriah dengan rancangan bercorak sitcom yang menjadi tontonan ramai seperti "Jangan Ketawa" dan sebagainya. 

Kini, AWESOME TV mengulangi kitaran itu dengan memberikan pilihan kepada para penonton yang telah lama disajikan dengan rancangan-rancangan yang kebanyakkannya lesu dan kurang menarik minat dari stesen-stesen tv sedia ada. 

Buat masa ini AWESOME TV menyajikan rancangan berupa sitkom, talkshow dan drama-drama yang lebih segar seperti Janda Kosmopolitan, Warung Wak, Glam ke Teng'Glam' dan sebagainya. Ada juga drama-drama dan rancangan-rancangan dari luar seperti Thailand dan Korea.

AWESOME TV boleh ditonton di saluran 112 menggunakan format 1080i HDTV (16:9). Semoga AWESOME TV akan terus bersaing dan mampu terus merebut tempat dihati penonton Malaysia dan negara jiran.




Monday 3 August 2020

Kari Kambing Indian Style. Sedap gile sampai lupa tengah berpantang GERD!


Mungkin ada yang kata, guna banyak bahan untuk resepi ni. Renyah masak kambing ni. Tetapi percaya lah, resepi ni memang terbaik. Berbaloi dengan susah payah gi kedai cari bahan, berbaloi dengan lenguh kaki berdiri waktu preparation bahan dan seterusnya memasak resepi ni. Berbaloi makan kari kambing ni walaupun dah langgar pantang larang bagi pesakit GERD. Pendek kata, serba serbi berbaloi.

Rugi kalau tak cuba...

Cara Daftar QR Code MySejahtera Untuk Premis Perniagaan, sekolah atau Pejabat


Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan, kerajaan mewajibkan setiap premis sama ada premis perniagaan waima gerai tepi jalan, kedai runcit, sekolah, stesen minyak mahupun Pasaraya Besar mewujudkan daftar masuk pelanggan. Dalam buku daftar tersebut perlu dicatatkan butiran pengunjung seperti nama, nombor telefon dan bacaan suhu badan. Namun, cara tu kurang sesuai untuk memutuskan rantaian Covid-19. 

Kerajaan telah memperkenalkan aplikasi My Sejahtera untuk memudahkan orang ramai merekodkan kehadiran mereka di sesuatu tempat. Premis yang mempunyai QR Code MySejahtera ini memudahkan pelanggan/pengunjung dan lebih efisyen dalam merekod dan mengawal data.

Masih banyak premis-premis komersial sama ada besar atau tidak, belum mendaftar QR Code mereka untuk memudahkan para pelanggan. 

Untuk mendaftar QR Code masing-masing, boleh la follow langkah-langkah dibawah ni:-

1. Masuk ke https://mysejahtera.malaysia.gov.my/. Klik pada "Daftar MySejahtera Check-in" seperti gambar di bawah.


2. Isikan nombor telefon pada no 1. Tandakan kotak no 2 dan klik pada kotak no 3.


3. Satu OTP kod akan di hantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan pada langkah 2 no 1 tadi. Masukkan OTP kod untuk pengesah pada kotak-kotak kosong seperti gambar di bawah dan tekan butang semak.


4. Lengkapkan maklumat berkenaan premis yang hendak didaftarkan dalam jadual seperti di bawah dan klik butang submit.

5. QR Code telah siap. Pada skrin ni, kita boleh print, e-mailkan QR Code atau download QR Code untuk kegunaan pada masa lain.


Cetak la QR code ni beberapa keping dan tampal la di kawasan pintu pasuk yang pelanggan mudah lihat. Untuk scan QR Code MySejahtera ni tak perlu dekat-dekat, dengan jarak 2-3 meter pon scanner masih boleh baca dan bukankah ini memudahkan semua pihak.

Semoga Virus Covid-19 ni cepat hilang dan semoga kita semua dilindungi dari virus yang bahaya ni. 

#kitajagakita #Setiakawan #covid19