Pages

Tuesday, 15 January 2013

Hangat: Panelis Bodoh memalukan mahasiswa UUM


Sebelum nak komen lebih-lebih lanjut, sila refer dengan link-link dibawah ni:-
  1. Klip panelis 'tegur' pelajar hangat di Internet
  2. KS Bawani, siswa pencerah masa depan. Sharifah Zohra lambang kemiskinan minda
  3. Malukan pelajar, Persatuan Hal Ehwal A’bangsa UUM kutuk Sharifah Zohra 
  4. Dan video majlis berkenaan.



  1. Lepas menonton video ni semalam, terus aku rasa, Syarigah Zohra ni tak layak nak diajak sebagai panelis atau moderator dalam mana-mana forum. Dia ni jenis dia saja betul dan tak boleh menghormati apatah lagi menerima pendapat orang lain. Ini bukan isu apa yang dicakapkan dalam forum tu, tapi isu perangai dan tindakan dia semasa berlangsungnya forum suara mahasiswa di UUM.
  2. Apa yang terjadi sedikit sebanyak mencalarkan imej UUM sebagai sebuah universiti pengurusan terkemuka di Malaysia. Bukan saja UUM, malah kakitangan dan student-student UUM patut berasa malu dengan apa yang jadi.
  3. Jika ramai golongan terpelajar bersikap seperti Syarifah Zohra ni, maka, kangkonglah pelajar-pelajar IPT kita. Pasti ramai juga pelajar-pelajar akan mengikut perangai beliau selepas ini.
  4. Tindakah Syarifah Zohra tidak selari dengan kehendak Islam dan bukan juga budaya bangsa Melayu. Mungkin ia budaya dari KIMMA (Syarifah Zohra adalah Presiden Suara Wanita 1 Malaysia dan Timbalan Ketua Wanita Parti KIMMA).
  5. Tindakan dia merampas mikrofon dan menyuruh  pelajar berkenaan mendengar adalah tindakan kurang ajar, tidak beradap dan bertentangan dengan ajaran Islam dan nilai kemanusiaan.
  6. Respon dia di twitter juga menunjukkan dia seorang yang sombong dan ego. Tidak layak langsung untuk dia menjadi pemimpin.
  7. YB Khairy Jamaludin dan YB Saifuddin Abdullah juga tidak setuju dengan tindakan Sharifah Zohra ni. Bukan itu saja, ada lagi luahan tidak puas hati yang dizahirkan oleh pelajar-pelajar dan MPP universiti-universiti lain di Malaysia. Pelajar IPT perlu melakukan sesuatu tanpa mengira aliran fahaman politik untuk meminta Syarifah Zohra meminta maaf kepada pelajar terbabit dan semua pelajar IPT di Malaysia.
  8. Dia berjaya memperkenalkan dirinya kepada masyarakat, mungkin tindakan dia itu sengaja mahu mencari publisiti walaupun murahan. Selama ini siapa yang kenal Syarifah Zohra? Kini, ramai yang kenal. Kesian kat keluarga dia. Tindakan dia juga mencemar imej famili sendiri. 
  9. Ternyata, apa yang terjadi menjadi trend di twitter dan FB. Hingga wujud beberapa grup yang meminta dia memohon maaf kepada cik Bawani yang dimalukan tu. Facebook NGO Suara Wanita 1Malaysia juga turut menjadi tempat panas mengutuk dia atas keterlanjuran perbuatannya. 
  10. Bertindaklah atas kewarasan akal, bukan berdasarkan kesombongan dan keegoan diri. 

No comments:

Post a Comment