Pages

Wednesday, 9 January 2013

PR vs BN, yang mana Ikhlas?

  1. Dua gabungan dominan dalam politik Malaysia, Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Masing-masing kemukakan hujah masing-masing untuk memakmurkan Malaysia, membantu rakyat keseluruhannya. Dua-dua mempunyai matlamat yang sama, tetapi berbeza pendekatannya.

  2. Letak ketepi sentimen kepartian untuk sementara. Gunakan akal yang waras, (kalau baru lepas langgah todi, hisap ganja atau ambik apa-apa yang mengkhayalkan, abaikan post ni). Fikir dengan akal yang waras, nilaikan, pihak mana yang ikhlas dalam memperjuangkan apa yang dijanjikan. Ingat, letak ketepi sementara sentimen kepartian. 

  3. Apakah track record Pakatan Rakyat  dengan sumber ekonomi yang terhad memerintah Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah mampu menjadi kerajaan yang lebih baik sekiranya berjaya merampas Putrajaya. Adakah janji-janji mereka berkaitan dengan sosio-ekonomi, pendidikan, keselesaan hidup akan berjaya dilaksanakan? Masukkan sekali dasar-dasar CAT, pemberian pelbagai bantuan, cuti ibu bersalin, khairat kematian dan sebagainya dalam penilaian.

  4. Atau, kerajaan sedia ada lebih ariff dalam mentadbir dan menjaga kebajikan rakyat. Masukkan sekali faktor-faktor seperti kenaikan bahan bakar, kenaikan harga elektrik, penafian PTPTN boleh dimansuhkan, BR1M, KR1M dan pelbagai 1M lagi dalam penilaian kita.

  5. Lapangkan dada, tenangkan jiwa. Berfikir dan nilailah dengan akal yang suci seolah-olah kita sedang memilih bini. Nak yang baik, beragama, cantik, mengikut citarasa kita. Nilaikan, pihak mana yang benar-benar ikhlas untuk mengubah lanskap politik Malaysia. Transformasi atau Reformasi.  

  6. Pemilihan kerajaan bukan semata-mata untuk kepentikan kendiri, tetapi perlu juga melihat kepada kepentingan keseluruhan. Kedua-dua pihak memiliki kelebihan dan kekurangan. Kedua-dua pihak dilihat mempunyai isu yang menjadi liabiliti. Cuma ada pihak yang dilihat lebih meyakinkan manakala pihak satu lagi amat lemah. 

  7. Malaysia bukan milik individu tertentu, Malaysia milik rakyat Malaysia. Malaysia bukan syarikat yang hanya tahu menjana keuntungan, rakyat bukanlah pekerja yang diperah keringatnya untuk keuntungan syarikat. Nilailah sendiri dan zahirkan pada masa mengundi nanti. 

Nota Kaki:
Ramai dok ramal keputusan pilihanraya ke 13. Kadang-kadang lawak juga. Macam tak berpijak dibumi yang nyata saja. 

Aku pon nak ramal juga, berdasarkan situasi semasa (Januari 2013), BN akan menang dengan majoriti tipis untuk membentuk kerajaan peringkat federal tetapi gagal menguasai DUN di Perlis,  Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

No comments:

Post a Comment