Beberapa tahun selepas kejadian "Hantu Kak Limah" Husin telah bangkrap akibat ditipu skim cepat kaya telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng-geng yang lamanya dan juga Mon, wanita yang mula-mula mengisi taman hatinya semasa Kampung Pisang di landa Zombi dan penyebab kepadanya hendak berjaya walaupun tidak mempunyai SPM.
Namun beberapa hari selepas itu Kampung Pisang telah dilanda sesuatu perkara yang aneh. Nampaknya sejarah misteri seratus tahun dulu berulang kembali. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung Pisang kembali menghantui.
Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya sibuk merancang rombongan ke Singapura dan menawarkan Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah menjadi semakin rumit apabila Husin sendiri telah didapati hilang dirumah oleh Usop dan kawan-kawannya. Kesan yang tinggal hanyalah bekas bungkusan Maggi dari Singapura.
Bagi Adi, susah Adi nak ke panggung semata-mata untuk menonton filem Melayu. Bukan nak sebab sombong atau apa, tapi, kadang-kadang, bila keluar panggung Adi akan rasa rugi bayar duit tiket dengan cerita yang ditayangkan.
Kalau dari sekual cerita Kampung Pisang ni, dari Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah balik rumah, dua-duanya Adi just tengok kat TV. Cuma Hantu Kak Limah 2 ni je yang Adi gi tengok kat panggung. Tu pun sebab nak isi masa terluang yang ada.
Hantu Kak Limah 2 ni ada mendedahkan history yang tersembunyi. Dimulakan dengan lagu Mamula Moon, yang mungkin selama ni ramai yang tak tahu lagu tu.
"Eh, awat lagu ni macam lagu Negara Ku?" Tu antara apa yang penonton tertanya-tanya bila mula saja cerita Hantu Kak Limah 2 ni.
Cerita ni berjaya membuatkan panggung riuh dari permulaan hingga ke pertengahan cerita. Namun, suku bahagian terakhir, ramai yang mula kebosanan. Watak doktor yang dibawa oleh husband Vanida Imran tu terlalu merapu dan banyak komedi yang dibawakan tidak sampai. Ideanya ada tapi penyampaiannya lemah.
Banyak juga lawak-lawak yang diulang tayang dari filem-filem sebelum ni dan lawak-lawak yang dapat dijangka. Its a bit membosankan.
Penggunaan CGI dalam filem ni agak kemas. Tahniah Abang Mamat Khalid.
Apa yang uniknya, filem Mamat Khalid ni cuma ketengahkan beberapa orang saja pelakon yang terkenal. Walaupun ramai pelakon-pelakon yang tidak ada nama yang besar, tapi peranan mereka menguatkan lagi cerita-cerita Abg Mamat setanding dengan pelakon-pelakon yang ada nama.Ia tetap memiliki momentum yang kuat dikalangan penonton.
Tapi, dalam beberapa kelemahan yang ada, filem ini Adi kategorikan sebagai filem yang BERBALOI DUIT TIKET bila melangkah keluar dari panggung. So, pi la tengok, keseluruhannya, kelemahan yang ada tidak mencacatkan keseluruhan filem ini dan masih layak ditayangkan di pawagam.
P/S: Awat Abg Mamat bagi sikit ja scene kat Kak Delimawati tu. Cantik dah dia selepas jadi hantu dalam filem yang lepas. Hehehe
No comments:
Post a Comment