Pages

Monday, 8 April 2013

Manifesto: Pakatan Rakyat vs Barisan Nasional


Dia mai dah. Dah umum bubar dah. La ni masing-masing tak sabaq nak tunggu Suruhanjaya Pilihan Raya nak umum tarikh penamaan calon dan tarikh pembuangan undi.

Kedua-dua gergasi politik Malaysia dah umum manifesto masing-masing. Pakatan Rakyat lebih awal membentangkan manifesto "Pakatan Harapan Rakyat" mereka, iaitu pada 28 Februari 2013.

"Bankrup negara." Kebanyakkan pemimpin BN bagi respon lagu tu la. Tapi depa tak cakap pulak pasai apa nak bankrup?

Kemudian, 6 April 2013, Pengerusi BN pulak umumkan manifesto dari pihak gabungan BN. Siap bersiaran langsung lagi kat TV.

Seperti biasa, pihak lawan akan ulas (penyokong BN pun ada yang cakap); macam pernah dengaq saja isi-isi ni. Cikplak ka apa.



Secara ringkas, Pakatan dok utamakan dalam nak bagi turun kos hidup. Almaklum la, la ni semua barang naik harga. Mahai. Minyak mahai, letrik mahai, makan kat kedai pon mahai. Dah tu, depa dok gebang pasai nak naikkan pendapatan rakyat dan dasar-dasar lain yang bagi lebih banyak kebajikan kepada rakyat.

Dasar-dasar lain yang penting juga depa ada cakap, macam, dasar tender terbuka (yang nak nak elak dari beli barang harga asal RM 10 dengan harga RM 100 macam yang dok jadi sebelum-sebelum ni), agih kekayaan negara dengan adil, penurunan harga kerea, penurunan harga minyak, pendidikan percuma dari peringkat rendah sampai la ke peringkat universiti, gaji minima... macam-macam lagi la.

Kalau nak tengok manifesto PR, hangpa klik la tang ni.



Ini pulak manifesto (sebut Moneyfiesta) Barisan Nasional. terkejut juga, bila mantan PM umum manifesto ni. Ya la, mana tak terkejut, bila selama ni depa dok hingaq kata kalau turun harga kereta, lumpuh la proton, bankrup la negara. Tapi, ada juga dalam janji-janji pilihan raya depa. Malu weii.

BN janji untuk naikkan nilai BR1M dari RM500 ke RM 1200 bagi rakyat berkeluarga, RM 250 ke RM 600 bagi individu bujang, tambah Baucer Buku 1 Malaysia dari RM 250 ke RM 300, membina rumah mampu milih dan macam-macam lagi la. Tapi DS Najib tak sentuh pulak isu AES. Hehehe...

Cuma, dengan hutang negara melebihi RM 500 billion hari ni, mampu ke BN laksanakan semua ni? Jika mantan PM najib cakap nak basmi rasuah, pasai apa la ni tak nampak sikit pon tindakan diambik kepada pemimpin-pemimpin yang memang kompom terlibat (rujuk statement SPRM: Beberapa Pemimpin gagal tapisan). Takkan tindakan yang diambik setakat gugur dari jadi calon saja. Kalau dah betoi terlibat rasuah, awat tak suruh SPRM ambik tindakan yang wajar untuk dapatkan balik nilai rasuah tu. 


Rakyat akan lebih buka mata, kalau DS Najib ambik tindakan, menunjukkan dia seorang pemimpin yang tegas, dan beramah dalam melaksanakan tanggung jawab yang rakyat bagi.

Klik sini kalau nak tengok detail manifesto BN.


Aku pernah kata, nak jadi pemimpin kena jujur dan ikhlas. Jika kita jujur dan ikhlas, keadilan akan dapat disampaikan kepada rakyat. Aku rasa aku betui, rakyat mana pun yang waras, yang paham nilai-nilai susah payah hidup, akan setuju. Dari dok taboq segala BR1M, KR1M, BB1M, macam-macam 1M la ni, lebih baik duit tu digunakan untuk mengekang kenaikkan harga pelbagai barang. Rakyat lebih perlu kos hidup yang rendah. 

Turunkan harga elektrik, turunkan harga minyak, harga gas, dan macam-macam harga lagi. Semua rakyat dapat rasa. Macam mana nak turun? DS Anwar dah cakap, macam mana nak turunkan harga barang. DS Anwar dah cakap, apa akan dia buat kalau PR menang.

La ni, kita masing-masing ada akai. Pakat-pakat pikiaq ambik na. Negara ni bukan milik sorang dua individu saja. Tapi ia milik WARGA NEGARA MALAYSIA KESELURUHANNYA.

No comments:

Post a Comment