Pages

Tuesday, 30 April 2013

Aku Hot Bila Masing-masing Berebut.


PRU 13 lagi 5 hari. Aku cuba untuk tidak ulas banyak-banyak berkaitan PRU dalam blog. Tapi, kadang-kadang, ada juga info atau isu tertentu aku kena luahkan. Kalau biaq dok bersarang dalam hati, payah juga. Kalau ayam bersarang ada juga hasil dia. Tapi kalau aku bersarang... sakit yang dapat.

Pakatan Rakyat dah umum calon-calon depa. 9 kerusi bertindih. Kebanyakkannya antara PAS-PKR. Awat boleh bertindih? Tanya la puak-puak yang mengaku "demi menjaga gabungan PAKATAN RAKYAT". Its ok kalau last minute pihak gabungan lain yang menggantikan pihak yang sepatutnya bertanding. Tetapi, kalau dua-dua pihak dari kumpulan yang sama berentap untuk satu kerusi, INI GILA nama dia. Sepatutnya tiap-tiap kerusi disediakan calon ganti jika calon utama bermasalah. Tetapkan had limit kehadiran untuk mendaftar. Jika dalam tempoh tu calon utama masih tak sampai, calon gantian akan ambik peranan. Susah sangat ka nak buat macam tu? Yang penting, elakkan dari bertarung sesama sendiri. Itu bodoh dan merugikan.

Tapi, apa nak buat. Pencalonan pon dah lepas. Pertindihan pon dah ada. Pihak Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dah bincang, siapa sepatutnya diangkat menjadi calon bagi kerusi-kerusi bertindih tu. Tapi, pasai apa, dalam kebanyakan kerusi PAS masih dok promot calon dia dan abaikan sama sekali calon pilihan Pimpinan Pakatan Rakyat? Gila kuasa dah ka?

Aku seboleh-bolehnya tak mau nak hentam PR ni. Tapi, dah dekat dengan hari mengundi pon masalah ni masih sama. Poster PAS masih ada di kawasan yang ditandingi PKR dan DAP. Aku bukan nak menghina PAS. Aku yakin, pimpinan PAS adalah manusia yang boleh dipegang janjinya. Yang dok jadi masalah ni kepada budak-budak yang dok rasa depa ni dah hebat ni. Yang jenis ni dok bawak masalah kat orang lain. Please la Tuan Guru Haji Hadi, perbetulkan budak-budak ni. Jangan dok buat tikam orang dari belakang macam ni. Dah tu, tak perlu ungkit mengungkit la. Matang sikit. Islam tak ajaq kita ungkit mengungkit kat publik macam depa buat kat Kota Damansara tu. Kalau nak politik ungkit mengungkit baik pilih BN saja.

Poster Calon PAS di DUN Kota Damansara
(Dicedok dari Yongsukakuning.blogspot.com)

Harap isu calon yang sepatutnya ni diperjelaskan oleh Pihak PAS Kota Damansara. PAS/PKR/DAP juga kena perjelaskan siapa yang patut dipilih semasa PRU nanti bagi semua kawasan yang bertindih tu. Jangan dok biaq. Kalau dari awai dok beringat jangan bagi bertindih senang kerja, tapi bila dah bertindih, kena pulak masing-masing siap berkempen, yang ni dok jadi payah. Yang macam ni selalu dok kena serang. Pi perbetoi balik apa yang salah. Jangan sampai rakyat menyumpah hangpa pulak lepas ni.

Ni petikan yang aku ambik kat FB. Pasai salah sorang pengundi awal yang keliru dengan kertas undi di DUN Kota Damansara. Harap pengundi semua dapat alert dengan info kat bawah ni untuk memilih calon Pakatan.
Ada seorang pengundi awal hari ini call di Bilik Gerakan DUN Kota Damansara Dr Nasir Hashim, bertanya kenapa masa mengundi di ballot paper masih ada, nama calon PAS utk DUN Kota Damansara, saya keliru tak tahu nak undi siapa, Minta maaf saya silap pangkah, sebab saya ahli PAS. Minta maaf banyak2 saya baru tahu PAS dah tarik diri. Saya yang jawap panggilan itu, saya rasa cukup sedih kerana pentindihan ini telah mengelirukan pengundi yang inginkan perubahan! Terus terlintas dalam fikiran saya, ada 9 kerusi pertindihan antara PR sendiri walaupun sudah ada penyelesaian utk kerusi tersebut! Saya memohon kepada semua pengundi untuk sebarkan info ini supaya pengundi tidak keliru: 

1. Parlimen Labuan- UNDI PKR
2. DUN Sungai Aceh, Pulau Pinang- UNDI PKR
3. DUN Panti, Johor- UNDI PKR
4. DUN Kota Damansara- UNDI PKR

5. DUN Bukit Besi, Terengganu- UNDI PAS
6. DUN Seberang Takir, Terengganu- UNDI PAS
7. DUN Kota Putera, Terengganu- UNDI PAS

8. DUN Semenyih- UNDI Parti Sosialis Malaysia (PSM)
9. DUN Jelapang- UNDI PSM

Walau apa pun, aku tetap erat bersama-sama PAKATAN RAKYAT untuk PRU 13. Selamat mengundi untuk semua Rakyat Malaysia. Bersama kita jayakan HARAPAN RAKYAT MALAYSIA.Rakyat lebih terbela dengan apa yang bakal Pakatan Rakyat laksanakan.




No comments:

Post a Comment