Pages

Thursday, 30 May 2013

Blackberry Torch 9860 OS Update 7.1.0.912

  Official: BlackBerry Torch 9860 OS 7.1.0.912 from Telstra

Kalau tak silap, pada April 2013 yang lepas, Telstra ada mengeluarkan update terbaru untuk Blackberry Torch 9860, OS 7.1.0.912.
Selepas berhempas pulas, aku berjaya updatekan Torch aku dengan latest OS ni. Almaklum la, bukan selalu update-update ni kan. Berbulan sekali bergantung kepada kerajinan pihak Blackberry dan operator-operator yang diberi kuasa tu.

Sesetengah pengguna BB ni, dari mula beli, tak pernah nak update. Kemudian, mula bising, kenapa BB depa ni slow, mudah hang dan macam-macam masalah lain. Tak semua masalah tu disebabkan oleh hardware failure. Sebenarnya, ada masalah yang cuma perlukan update OS kepada yang terbaru. Kemudian, masalah pon selesai dengan sendirinya. Tak payah buang duit hantaq pi kedai.

Ok, kali ni, ADITAKESA.BLOGSPOT.COM akan ajar sikit-sikit camne nak update OS BB hangpa semua. Tapi ingat, sebelum update, pastikan korang bersedia mental dan fizikal dengan pelbagai kemungkinan yang ada. Hehehe...

Bahan-bahan yang diperlukan:-
  1. PC atau notebook dengan sistem operasi Windows XP/Vista/7/8 yang disokong dengan port USB. OS lain aku tak champor!!!
  2. USB Cable untuk sambungkan BB korang dengan port USB yang ada kat PC/Notebook.
  3. Perisian Blackberry Desktop Software (terkini) yang dipasang pada PC/Notebook. Kalau tak dak, boleh download kat sini.
  4. Perisian OS 7.1.0.912 dari Telstra. Tak dak juga? Boleh download kat sini. Pilih model BB korang sebelum download.
 Tips sebelum proses update:
  1. Pastikan korang disable Media Card Storage Mode pada BB korang. Option > Device > Storage > buang tanda kat kotak tu. Kalo tak, abeh la data dalam memory card korang.
  2. Patikan korang buang OS lama BB korang dalam PC/Notebook (jika ada) sebelum install OS baru tu. Uninstall aje kat add/remove program dalam control panel windows korang.
  3. Selepas korang go through dengan tips 3, korang install la OS baru yang korang download tu. Bila siap ja download, delete file vendor.xml. Lokasi file tu... C:\Program Files\Common Files\Research In Motion\AppLoader
  4. Bateri BB tu biar la lebih dari 50% sebelum update.
  5. Backup data online. Cari "Blackberry Protect" kat BB korang. Boleh backup kat situ.
Step-step update: 


  1. Sambungkan BB korang dengan PC/Notebook dan mulakan perisian Blackberry Desktop Software.
  2.  Bila software dah siap detect BB korang, sila ke menu Device. Kat situ korang cari 'Update' & klik.
  3. Software akan scan update yang ada untuk BB korang.
  4. Kemudian, software akan list downkan update yang ada. Pilih dan follow je apa yang OS tu nak. Pada masa yang sama, Desktop Software akan backup contact book korang, software yang BB korang ada. Walau macam mana pun, Software ni takkan backup chat list, sms dan beberapa data lain. So, kalau korang nak semua sms, email, chatting and what so ever, sila rajin-rajinkan diri backup sendiri dengan software ni atau apa-apa software lain yang korang ada.
  5. BB korang akan restart beberapa kali sehinggalah proses update tu selesai. Selalunya, ia akan ambik masa antara 15 minit hingga 30 minit bergantung kepada kepoweran BB korang. Macam BB aku, sat je, 20 minit lebih kurang. Proses ni termasuk proses restore balik data yang software backup tadi. So aku hairan la, ramai sangat BB user yang selalu menyalak, "I baru format BB I, so no more data on this. Fakap aih... saja nak menggedik carik popularity .
  6. Bila semua dah siap, korang bolehla install balik apa yang korang backup manual tu. And then, sila la re-setting balik semua apps yang korang pakai seperti BBM, Facebook, WeChat etc..
Sebenarnya, bukan untuk Torch 9860 saja, mostly step-step ni berguna untuk semua jenis BB kecuali yang pakai OS 10 ( i just think so). Yang penting, ada semua software yang perlu and tahu macam mana nak cari OS terbaru. Bukan susah pon, Google kan ada. Better buat sendiri dari  hantar kedai.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment