Pages

Showing posts with label Smart Phone. Show all posts
Showing posts with label Smart Phone. Show all posts

Monday, 20 July 2020

Review: 5 Antivirus Free Untuk Android Smartphone

Semua komputer sama ada desktop mahu pun laptop terutamanya yang menggunakan sistem operasi Windows semestinya menggunakan anti-virus sekurang-kurangnya. Terlalu banyak malware wujud dan amat perlu untuk kita melindungi data-data kita dari dicerobohi dan dicuri oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggung jawab. Pencuri millenium ini dengan mudah mendapat laba dari data yang diperolehi termasuk maklumat perbankan online kita. 
Begitu juga dengan telefon pintar kita terutamanya yang menggunakan perisian android. Kini boleh dikatakan semua urusan kita boleh dilakukan menerusi telefon pintar. Mengakses akaun bank, akaun-akaun media sosial, pengurusan utiliti dan sebagainya. Selain kehilangan data menerusi malware, telefon pintar kita juga boleh mendedahkan pelbagai maklumat sulit sekiranya dicuri. Dengan itu, adalah perlu telefon pintar kita dilengkapkan dengan perisian anti-virus ataupun mobile security yang memberikan perlindungan yang lebih.

Berikut adalah 5 perisian anti-virus yang boleh diperolehi secara percuma khas untuk telefon pintar android anda.

Friday, 4 July 2014

Blackberry Messenger (BBM) untuk Android dan iOS

Dulu-dulu, pengguna Blackberry amat beruntung kerana Blackberry Smartphone sahaja yang ada menatang BBM ni. Bertahun-tahun BBM menjadi trend sosial pengguna hinggalah Blackberry memutuskan untuk menyediakan software BBM ni untuk pengguna iOS dan Android. Hilanglah satu trademark BB user dengan pemgumuman tu.

Selepas Android dan iOS user menggunakan BBM, ramai juga BB user mula melihat-lihat peranti lain selain BBOS. Ada yang memilih iPhone dan ada juga yang memilih Android Smartphone.

Tetapi, masih ramai juga bekas BB user tak tau yang BB id yang depa pernah guna kat blackberry dulu, seterusnya mengaktifkan BBM tu masih boleh digunakan pada peranti Android dan iOS. Tiada tips yang mengelirukan. Tiada cara yang susah. Tiada bayaran perlu dibuat. Cuma, masukkan email dan password yang kita gunakan pada peranti Blackberry dulu. Itu saja. Tak perlu kita nak pikir new registration, nak add BB Pin kengkawan segala. Selepas kita guna BB id lama kita, semua user akan turut di angkut dan dibawa ke device baru tu. 

Selamat mencuba.

Thursday, 30 May 2013

Blackberry Torch 9860 OS Update 7.1.0.912

  Official: BlackBerry Torch 9860 OS 7.1.0.912 from Telstra

Kalau tak silap, pada April 2013 yang lepas, Telstra ada mengeluarkan update terbaru untuk Blackberry Torch 9860, OS 7.1.0.912.
Selepas berhempas pulas, aku berjaya updatekan Torch aku dengan latest OS ni. Almaklum la, bukan selalu update-update ni kan. Berbulan sekali bergantung kepada kerajinan pihak Blackberry dan operator-operator yang diberi kuasa tu.

Sesetengah pengguna BB ni, dari mula beli, tak pernah nak update. Kemudian, mula bising, kenapa BB depa ni slow, mudah hang dan macam-macam masalah lain. Tak semua masalah tu disebabkan oleh hardware failure. Sebenarnya, ada masalah yang cuma perlukan update OS kepada yang terbaru. Kemudian, masalah pon selesai dengan sendirinya. Tak payah buang duit hantaq pi kedai.

Ok, kali ni, ADITAKESA.BLOGSPOT.COM akan ajar sikit-sikit camne nak update OS BB hangpa semua. Tapi ingat, sebelum update, pastikan korang bersedia mental dan fizikal dengan pelbagai kemungkinan yang ada. Hehehe...

Bahan-bahan yang diperlukan:-
  1. PC atau notebook dengan sistem operasi Windows XP/Vista/7/8 yang disokong dengan port USB. OS lain aku tak champor!!!
  2. USB Cable untuk sambungkan BB korang dengan port USB yang ada kat PC/Notebook.
  3. Perisian Blackberry Desktop Software (terkini) yang dipasang pada PC/Notebook. Kalau tak dak, boleh download kat sini.
  4. Perisian OS 7.1.0.912 dari Telstra. Tak dak juga? Boleh download kat sini. Pilih model BB korang sebelum download.
 Tips sebelum proses update:
  1. Pastikan korang disable Media Card Storage Mode pada BB korang. Option > Device > Storage > buang tanda kat kotak tu. Kalo tak, abeh la data dalam memory card korang.
  2. Patikan korang buang OS lama BB korang dalam PC/Notebook (jika ada) sebelum install OS baru tu. Uninstall aje kat add/remove program dalam control panel windows korang.
  3. Selepas korang go through dengan tips 3, korang install la OS baru yang korang download tu. Bila siap ja download, delete file vendor.xml. Lokasi file tu... C:\Program Files\Common Files\Research In Motion\AppLoader
  4. Bateri BB tu biar la lebih dari 50% sebelum update.
  5. Backup data online. Cari "Blackberry Protect" kat BB korang. Boleh backup kat situ.
Step-step update: 


  1. Sambungkan BB korang dengan PC/Notebook dan mulakan perisian Blackberry Desktop Software.
  2.  Bila software dah siap detect BB korang, sila ke menu Device. Kat situ korang cari 'Update' & klik.
  3. Software akan scan update yang ada untuk BB korang.
  4. Kemudian, software akan list downkan update yang ada. Pilih dan follow je apa yang OS tu nak. Pada masa yang sama, Desktop Software akan backup contact book korang, software yang BB korang ada. Walau macam mana pun, Software ni takkan backup chat list, sms dan beberapa data lain. So, kalau korang nak semua sms, email, chatting and what so ever, sila rajin-rajinkan diri backup sendiri dengan software ni atau apa-apa software lain yang korang ada.
  5. BB korang akan restart beberapa kali sehinggalah proses update tu selesai. Selalunya, ia akan ambik masa antara 15 minit hingga 30 minit bergantung kepada kepoweran BB korang. Macam BB aku, sat je, 20 minit lebih kurang. Proses ni termasuk proses restore balik data yang software backup tadi. So aku hairan la, ramai sangat BB user yang selalu menyalak, "I baru format BB I, so no more data on this. Fakap aih... saja nak menggedik carik popularity .
  6. Bila semua dah siap, korang bolehla install balik apa yang korang backup manual tu. And then, sila la re-setting balik semua apps yang korang pakai seperti BBM, Facebook, WeChat etc..
Sebenarnya, bukan untuk Torch 9860 saja, mostly step-step ni berguna untuk semua jenis BB kecuali yang pakai OS 10 ( i just think so). Yang penting, ada semua software yang perlu and tahu macam mana nak cari OS terbaru. Bukan susah pon, Google kan ada. Better buat sendiri dari  hantar kedai.

Selamat mencuba.

Monday, 28 January 2013

Blackberry Torch 9860: Official Vodafone OS 7.1.0.825


Akhirnye, Vodafone dah launching latest 9860 Offiicial OS 7.1.0.825. So kalau korang pon nak update OS korang, boleh la download kat Vodafone Website

Jangan dok lupa, backup dulu semua data sebelum update. Buatnya data-data tu hilang, kan ke susah nak dapat balik. Lagi satu, bila nak upgrade tu, makesure korang disable dulu mass storage function kat BB tu. Kalau tak silap, proses update akan ada prob if tak disable mass storage untuk sementara. Haaa, tak tau mass storage tu apa, memori kad lah. Huhuhu.

Selepas setel semua update tu, masalah yang selalu aku berdepan selama pakai BB 9860 ni, esc button dan menu key selalu tak function. Tapi, sejak aku update ni (baru 3 hari), kedua-dua button tu mula mesra alam yakni tak pernah lagi buat perangai. Nak kata solve forever pon tak boleh juga, sebab masih baru. Seminggu dua lagi berani la nak confirmkan benda tu betul ke dak.

Nak komen banyak-banyak pon tak boleh, sebab aku pon tak banyak explore lagi OS baru ni. Yang aku faham, led dia da boleh tuko kaler. Sebelum ni aku pakai OS version .523, rasanya tak dak function ni. Lagi satu, aku perasan, booting time lebih laju berbanding dengan version lama aku. 


Nak puji banyak-banyak pon tak boleh, sebab sejak update ni, facebook selalu failed connected to server terutama bila guna wifi. So, terpaksa la guna browser dulu, then baru guna  FB tu. Lagi pun, baru gi aku update menatang neh.. Tunggu lah, kalo ada apa-apa info, aku update balik la nanti.

So, update la BB korang. Jangan dari beli hingga sekarang, asyik dok guna default OS tu saja. Update ni baiknye vendor akan patch bugs yang ada. So performance lebih baik even ada yang meleset sikit. Hehehe.

Selamat update yerk!!!

Wednesday, 16 January 2013

Akhirnya, Torch 9860 dalam genggaman


Setelah berbulan Blackberry lama aku rosak, akhirnya hari ni dapat juga aku sebijik Blackberry model yang agak suam-suam kuku. Murah aje. Tu pon kawan aku carikan.

Ingat nak tunggu sampai BB10 keluaq, tapi, takpa lah. Pakai ja la dulu.




Ni la rupa Blackberry aku. Ok lah, aku nak explore BB ni pulak. Dari review, model ni ada juga masalah especially pada trackpad dia. Well, tawakal saja la. Banyak benda dah lupa. 

Friday, 19 October 2012

Pakej Blackberry Telco Malaysia

Ramai yang dok bertanya kat BBM ngan FB, Telco mana yang offer the best Blackberry Package. Aku pernah guna dua Telco bagi perkhidmatan BIS ni.


Mula-mula, Digi yang menjadi pilihan aku. Sebab aku pengguna setia kepada Digi Postpaid. So memandangkan aku nak guna BIS, aku tukar plan Postpaid aku dari Plan biasa ke Digi Smart Plan dan add on BIS service. Selama aku guna Digi, aku amat puas hati. Tak pernah ada mesej aku kat BBM yang appear tanda "X". Dari segi coverage, not bad la. Aku balik kampung pon masih boleh online FB ngan BBM tanpa gangguan, slow sikit tu biasa la.

Kemudian, aku beralih kepada Celcom Xpax, prepaid la ni. Selain dari caj yang mampu mengalahkan Digi Postpaid aku tu. Kire Xpax tu caj dia memang murah, call je 28sen untuk 5 minit bagi voice call antara Celcom ke others operator. Cheap kan. Tapi, Celcom ni selalu failed bile send BBM mesej. Dah tu, selalu je internet lost even dalam coverage 3G. How ever, till now aku masih langgan Celcom BIS ni.

Maxis pulak aku tak pernah guna. Ni dari rungutan rakan-rakan aku. BIS Maxis lebih teruk dari BIS Celcom. Selalu tak boleh send. Lagi satu, Maxis nih kedekut. 

So sebagai memberi panduan kepada sesiapa je yang tertanya-tanya pelan BIS mana yang nak langgan, boleh la follow jadual tu. Sengaja aku buat untuk bantu semua rakan-rakan. Perbandingan tu just base on info yang aku dapat dari web telco dan pengalaman aku selama guna BIS kat Penang. Maybe servis kat tempat lain tu berbeza.

Selamat ber BBM yer.

Tuesday, 18 September 2012

Tips untuk pengguna BlackBerry



Tips agar BlackBerry (BB) kita tidak lembab dan beroperasi dengan lancar dan stabil, kerana BB bukan HP biasa, tetapi sebuah Smartphone. Tips ini untuk semua jenis BB, baik Curve,Bold,Torch,Pearl mahupun Storm. Berikut tips nya :

1. Usahakan setiap 2- atau 3 hari sekali, cabut bateri BB, dan biarkan selama 1-2 minit, ini fungsinya untuk membuang dan menghapus sisa-sisa file yg tidak terpakai akibat proses chatting maupun browsing.

2. Lakukan secara rutin Clear Log Event dengan cara tekan ALT+L G L G; akan muncul diskrin hasil log, tekan logo menu, pilih Clear Log, tekan Clear.

3. Lakukan juga secara rutin Cleaning Memory, dgn cara, pilih Options > Security Options > Cleaning Memory, tekan logo menu, pilih Clean Now.

4. Tiap 2-3 hari sekali,lakukan Host Routing Table, dengan cara pilih Options > Advanced Options, pilih Host Routing Table, tekan logo menu, pilih Register Now.

5. Dan setelah lakukan step ke 4 di atas,lakukan juga tiap 2-3 hari sekali Diagnostic Test, ini sangat penting untuk buktikan adakah BB kita berhubung dgn operator, baik PIN, Register maupun Email. Dengan cara, pilih Options > Mobile Network, setelah itu tekan logo, pilih Diagnostic Test, lalu tekan lagi logo menu, pilih RUN, biarkan sampai proses berjalan Completed, jika hasil proses ada yg 'NO', ulangi lagi agar keputusan proses menjadi 'YES'.

Itulah antara tips agar BB kita lancar, stabil dan tidak lembab. Semoga bermanfaat. Ingat, tips di atas bukan cuma diusahakan,tetapi wajib, agar BB kita lancar dan tidak lembab. Ingat BB bukan HP GSM biasa, BB adalah Smartphone..

Makan BB, Minum BB, Mandi BB, Tidoq pun BB.

Thursday, 30 August 2012

BlackBerry Messenger


Sapa-sapa pakai smartphone BlackBerry, memang tak lengkap kalo tak langgan perkidmatan BlackBerry Messenger [BBM]. Sama macam pakai smartphone lain yang canggeh manggeh tapi guna untuk sms, call ngan snap gambaq. Tak lengkap.

Dulu aku tak suka BB. Ntah macam mana, aku terbida sebijik BB kat lelong dot com. So nak tak nak, kena la ambek.

Mula-mula, aku memang guna BB tu untuk call ngan sms. Kemudian, aku pon mula request tukaq plan dari call plan ke data plan dan buat add on untuk BIS. Bermula la sakit aku dengan BB ni.

La ni, selagi tak subuh, aku ralit dok belek BBM aku. Bila bangkit tidoq, tak dan nak gosok biji mata, BBM la yang aku tengok dulu. Tengah lepak ngan kawan-kawan, aku pon lupa apa topik yang depa dok sembang, aku setia dengan BBM.

Kena pulak kalo ada ehem-ehem dok chat kat BBM, lagi la 'bahagia'.

Kadang-kadang rasa annoying juga bila time sebok-sebok BBM nyaring ja bunyi. Nak tak nak kena belek juga pasai pa, sapa yang send private msg. Nasib baik si dia. Terus rasa cool. 

Hadoi. Ni dok pasang angan-angan nak hapgred BB pulak. Tak taw lagi yang mana, busuk-busuk dapat Torch 9860 jadi la.

Ada sapa-sapa nak buat amal jariah dengan sedekahkan Torch 9860 kat aku, sila add aku kat 20E1F5E8. Nanti aku bg address ehh.

So, sesapa yang nak add aku, scan ah barcode kat bawah nie. Selamat ber BBM.