Pages

Tuesday, 7 May 2013

The Black Sunday [5052013]


Semua penyokong Pakatan Kecewa. Ada yang menangis, ada yang murung. Bukan kerana tak dapat terima kekalahan, sebelum ni pun sejak dulu, parti-parti lawan BN tidak pernah menang, tetapi kekalahan disebabkan pilihanraya yang maha tidak adil lagi penuh penipuan. Mood pilihanraya nyata berpihak kepada PR disegenap pelusok Negara. Semua orang bersemangan untuk mengundi. Belum pernah dalam sejarah, pelajar universiti begitu beria-ia untuk balik mengundi seperti kali ini.

Perang Pilihanraya dilihat sengit. Selepas keputusan diumumkan, jumlah undi lebih berpihak kepada Pakatan Rakyat dengan 52% undi. Tetapi mengikut bilangan kerusi, PR hanya memperoleh 89 kerusi sahaja.

MEDIA YANG SENGET
Tiada akses diberikan kepada gabungan Pakatan Rakyat. Jika bukak TV, radio, akhbar, semuanya berkempen untuk BN. Tiada satu pun ruangan iklan diberikan kepada PR untuk menterjemahkan manifesto. Semua yang moleh, semua yang indah, semua yang baik cuma BN.

Pelbagai iklan TV berkisar kepada BN, dari produk 1 Malaysia hinggalah kepada Kempen Sayangi Selangor, Yakini BN. 

SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR)
Dari awal lagi, SPR gagal menjadi badan yang benar-benar bebas. Daftar pemilih yang haru biru, perjalanan pilihan raya yang tempang, penggunaan dakwat sotong, dakwaan SPR besekongkol dengan BN untuk memenangkan calon mereka dan pelbagai kesalahan dan kesilapan yang lain.

SPR perlu dikuburkan. Ganti dengan badan lain yang lebih berkecuali.Macam mana nak buat pilihan raya kalau badan yang pelaksana sendiri dipertikai kredibilitinya? Sila wujudkan badan yang bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan dalam kerajaan yang bakal dibentuk.

Isu SPR ni dah lama dah. Sejak berzaman lagi. Tapi isu ini tidak mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya.


SABOTAJ PILIHANRAYA
  • Mengapa boleh wujud keputusan yang jauh berbeza dalam pengiraan undi. Mulanya pihak PR menang. Kiraan ke dua BN menang setelah pusat pengiraan undi Blackout?
  • Mengapa pihak BN memberi upah kepada pengundi yang mengundi mereka? Bukankah itu satu rasuah pilihan raya? SPR dok buat apa?
  • Apa sumbangan kebanyakan Bangla, warga Indonesia, Siam, Filipina yang membolehkan mereka mudah mendapat kewarganegaraan seterusnya melayakkan mereka mengundi? Adakah projek IC ini sengaja diadakan semata-mata pihak BN mahu memenangi pilihanraya?
  • Dakwat yang digunakan senang tanggal. Siapa yang membekalkan dakwat tersebut? Mengapa kualiti dakwat tu dipertikaikan. Lebih baik pakai dakwat printer yang lebih susah ditanggalkan berbanding dakwat yang SPR guna?
  • Daftar pemilih tidak bersih. Terdapat pertindihan alamat yang ketara? Mengapa SPR tidak perbetulkan. Banyak mekanisma yang boleh digunakan untuk membersihkan daftar pemilih. 
  • ROS menafikan hak Pakatan Rakyat didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah. Jika PR didaftarkan secara sah, PR boleh menggunakan logo rasmi sendiri tanpa menggunakan logo parti komponen. 

MENTALITI PENGUNDI


Ada pengundi sanggup mengundi apabila diberikan imbuhan. Apa yang depa ni fikir sampai sanggup gadaikan undi mereka hanya dengan nilai RM 150 setiap undi? Yang pihak satu lagi pun sanggup merendahkan martabat pengundi dengan menyogok wang. Kedua-dua pihak ni lupa, depa agama apa, Tuhan depa sapa.

Dari pemerhatian aku, sejak hari pembubaran parlimen, hingga hari pembuangan undi, penyokong PR bersatu hati dalam perjuangan depa. Melayu, Cina, India boleh sama-sama berkempen  untuk calon-calon pilihan mereka. Orang Cina dan India tidak segan-segan berkonvoi dengan bendera PAS, dan orang Melayu juga tidak malu untuk menggantung bendera DAP di rumah mereka.

Pengundi Malaysia dididik supaya tidak matang. Bila pengundi tidak matang, pihak pemerintah dengan mudah memanipulasi undi. Tiupkan sentimen perkauman, sentimen agama, sentimen peribadi kepada pengundi dan tanamkan kepada mereka melalui media sikap curiga mencurigai kepada orang lain. Memalukan.

Akhirnya, pengundian Malaysia penuh dengan "kemaluan". Kemenangan BN semestinya akan dicabar. Aku yakin, pimpinan PR tidak akan berdiam diri dengan kekalahan yang penuh dengan penipuan ini. Buatlah sehingga rakyat memperoleh pilihanraya yang betul-betul adil, betul-betul tanpa penipuan, tanpa manipulasi media dan minda. Cabarlah keputusan dalam tempoh 21 hari ini. Peranglah habis-habisan. Kita puas walaupun kita kalah selagi PRU itu telus, adil dan berhemah.

No comments:

Post a Comment