Pages

Sunday, 23 March 2014

Selama mak ada......


Dedikasikan khas buat ibuku yang telah pergi selama-lamanya pada 30 Ogos 2002. Semoga ibu dikalangan hambanya yang beroleh rahmatNya di sana. Al-Fatihah.

Terima kasih mak,

Selama mak ada untuk saya, mak tidak pernah mendidik saya untuk mengkhianati sesiapa. Walaupun akhirnya saya dikhianati.

Selama mak ada, mak tidak pernah menyuruh saya membenci seseorang, walaupun akhirnya saya yang dibenci.

Selama mak ada, mak tidak pernah meminta saya mempergunakan orang lain untuk kesenangan diri, akhirnya saya yang digunakan oleh mereka yang berhajat tinggi.

Selama mak ada, mak tidak pernah meminta saya memungkiri janji dengan sengaja, tetapi kini, saya dimungkiri hingga saya terpaksa memungkiri.

Selama mak ada, mak tidak pernah menilai rakan-rakan saya dan sesiapa saja yang saya tunjukkan dengan mak, tetapi akhirnya saya yang dinilai.

Selama mak ada, mak tidak pernah mengajar saya menjual diri hanya kerana inginkan sesuatu. Tetapi saya telah "dijual sewenang-wenangnya" kerana mereka mahukan sesuatu.

Selama mak ada, mak tidak pernah mengajar saya untuk meninggalkan kenalan sewaktu mereka susah, sebaliknya bantulah mereka walaupun kita terpaksa berlapar. Akhirnya, saya alami semua tu mak. 

Mak, semua yang mak ajar saya simpan dalam hati saya mak. Saya tahu, mak mahu saya jadi manusia. Mak mahu saya jadi manusia yang berhati perut terhadap kesempitan manusia lain. Mak tak mahu saya menjadi seperti anjing yang menggigit tangan orang membantunya lepaskan diri dari tersepit. Mak tidak mahu saya menjadi manusia yang mencapai hajat dengan memijak manusia lain yang berkorban untuk kita. Saya sedar semua tu mak. Walaupun hati saya sakit dengan apa yang orang lain buat terhadap saya, saya cuba untuk terima semuanya.

Mak, maafkan saya. Saya kadang kala gagal menjadi seperti apa yang mak mahukan. Ada kala, saya menjadi pemarah, pendendam dan menyerang mereka yang mengkhianati saya. Tapi mak, hinakah saya hingga saya dikhianati, hina sangatkah saya sehingga ada mulut yang saya suap dulu menggigit saya. Salahkah saya berdendam dan bertindak selari dengan perasaan saya?

Note:
Artikel lama yang tak perasan belum dipublishkan.

No comments:

Post a Comment