Pages

Saturday, 3 October 2015

Kalau aku Lucifer

Sayang, tolong bagi abang vacum cleaner tu. Abang nak sedut segala habuk and sawang kat sini. Chewahh. Macam real aje kan. Hakikatnya nan hado... Mister Lone Ranger lah kononnya.

Lama dah takde luahan serius kat sini. Kalau ada pon bukan ada followers pon. Admin Blogger aje kot yang rajin bukak. Tu pon haram depa paham. Hahahaha...

Banyak artikel yang dah taip. Cuma nak kena touch up sikit-sikit lagi sebelum publish. Tapi semuanya banyak berkeliaran dalam persoalam pemikiran dan peribadi saja, sama dengan anjing gila yang berkeliaran mencari mangsa nak ditokaknya.

Hari-hari lepas, banyak soalan dan banyak bebanan yang aku pikul. Beban lama belum selesai, timbul lagi masalah baru. Hidup aku dalam setahun dua ni banyak aku habiskan dengan pikirkan dan selesaikan masalah saja. Sampailah semalam. Masa tu aku yang hanya berbaju T hitam dengan berseluar pendek singkat, berbaring-baring. Lengan kanan yang kekar lagi keras tu, kononnya, kemas aku letak atas dahi aku yang licin lagi penuh glowing tu. Kaki kanan pulak aku sengaja silangkan di atas kaki kiri. Sesekali aku goyangkan kaki aku yang ramai bulu tumbuh bertompok-tompok tu. Seksi la kononnye.. Hancus. Maka terjadilah lintasan demi lintasan dalam kepala ni.


Kalau aku diberi pilihan, apa aku nak jadi di dunia ini?
Memula aku ingat nak jadi ikan. Boleh berenang-renang cari makan. Boleh main cilok-cilok ditepi batang-batang pokok. Tetiba ada cacing yang tersenyum-senyum sambil melambai-lambai. Aku jatuh cinta. Aku berenang menghampiri. Sebagai tanda aku cintakan dia, aku ngangakan mulut dan masukkan cacing tu sedalamnya. Dengan pantas aku tutup mulut. Hadoiii. Sakit. Aku tak mau jadi ikan lagi.

Terus aku fikir lagi. Aku nak jadi apa. Memacam aku pilih. Nak jadi kucing, burung, batu. Macam-macam. Akhirnya, aku terfikir, pasai pa aku tak jadi Lucifer saja.

Muka aku bengis, ganas lagi menakutkan. Ke mana saja pasti semua makhluk takut dengan aku. Aku ada kuasa yang hebat untuk memenuhi semua tuntutan jiwa aku semahunya.


Aku tak perlu risau akan makanan harian...
Aku tak perlu risau apa aku nak kerja...
Aku tak perlu risau kat mana aku nak tidoQ..
Aku tak perlu risau nak bayar duit kereta...
Aku tak perlu risau nak bayar segala mak nenek bill...
Aku tak perlu risau pasal ekonomi negara...
Aku tak perlu risau pasal living cost yang mencanak naik...
Aku tak perlu risau dengan politik semasa yang memasing tunjuk jora tapi sekoq pon tak boleh harap...  
Aku tak perlu risau akan sesiapa yang chat nak tak nak...
Aku tak perlu risau nak jaga hati dan perasaan orang...

Pendek kata, semua benda aku tak perlu risaukan. Aku cuma bertindak mengikut hawa nafsu aku sendiri. Kalau aku rasa nak makan ais kacang, dengan kuasa yang aku ada pasti ais kacang lah yang datang. Aku boleh pergi kemana saja aku suka tanpa perlu aku pikir tambang dan masa perjalanan. Aku kan Lucifer yang hebat. Aku boleh terbang ke mana saja aku suka. Aku boleh suka sesapa saja dan dia terpaksa terima aku walaupun hatinya penuh dengan kebencian terhadap aku. Tapi atas dasar takut dan tidak berdaya, aku boleh berdamping dengannya sampai bila-bila. Lucifer, penuh dengan kejahatan dan dendam tetapi tetap memiliki kehendaknya sendiri yang perlu dia penuhi.

Kalau di alam nyata, semua itu hanya dongeng. Rasanya tiada manusia sesempurna Lucifer dalam menuruti nafsu amarahnya. Sejahat-jahat mana pun manusia tu, pasti ada satu titik kebaikan dalam diri dia. Seburuk-buruk manapun perangai manusia tu, pasti terselit juga sedikit rasa kasih sayang dalam hatinya.

Pernah tengok citer The Exorcism of Emily Rose? Tiada siapa dapat menghalang aku dari mendampingi sesiapa yang aku nak. Waima bapak Paderi sekalipun takkan mampu menghalang aku dari memuaskan hajat yang aku nak. Dampingan aku akan mati dan seterusnya hanya aku yang menang. Betapa hebatnya Lucifer dalam filem tu.

Bahagia sungguh jika kuasa Lucifer wujud dalam diri aku. 

Bayangan aku berkecai. Celaka punya nyamuk. Tak dak masa lain ke nak mai hisap darah.

Aku mengerti, sebagai manusia yang lemah ni, semua tu mustahil untuk aku larikan diri jauh-jauh. Aku tetap kena berurusan dengan manusia lain. Aku tak boleh sama sekali mengiyakan yang hanya aku sorang saja yang wujud dalam alam ni. Selagi manusia lain ada, selagi tu la aku perlu fikir dan aku perlu risau.

Manusia hanya pandai bermulut manis dan menabur janji. Tetapi manusia cukup susah memenuhi apa yang dia janjikan. Hari ni kita mungkin berjanji itu dan ini, memberi harapan segunung tinggi, tetapi esok, kitalah yang mungkin berpura-pura lupa pada janji yang kita sendiri lafazkan. Kita sendiri yang meratakan gunung harapan yang kita berikan. Kemanisan kata-kata dan harapan yang kita berikan tu cuma sekadar penyeronok rasa masa kita berbicara. Malah tak mustahil juga, semua tu merupakan satu sandirwara demi memperlihatkan yang kita adalah manusia yang murni hatinya, yang jujur, yang sempurna.




 


No comments:

Post a Comment