Honestly aku dah penat dengan apa yang aku hadapi since last 2 years. And now, aku dapat rasa yang life aku kini dah sama macam life aku pada tahun 2002. Malah, lebih teruk dari tu. Aku akan cuba jelaskan mengapa aku rasakan begitu nanti.
Takde lagi erti happy dalam diri walaupun aku tersenyum. Sepanjang masa aku pasti ingatkan seseorang yang dipinjamkan untuk aku rasa bahagia seketika. Sepanjang masa, pasti ada je kenangan demi kenangan antara kami berdua menjelma dan mencengkam kemas dalam ingatan aku. Hinggalah dia beralih arah dan memilih jalannya sendiri setelah tiada apa lagi yang dia perlukan dari aku. Aku bukan tidak dapat terima kenyataan bahawa hayat hubungan kami berakhir, aku cuma terkejut dengan tindakan yang tiba-tiba dan cara ianya berakhir. Aku selama ni kuat dengan dia yang ada disisi, kini kekuatan aku dah lesap. Selama ni, aku gagahkan diri hadapi semua cabaran demi untuk bersama-sama dengan dia. Dan kini, semuanya hilang dari diri dan jiwa aku. Aku kembali lemah, sama seperti di tahun 2002.
Aku tiada apa-apa masa tu. Kerja pon biasa-biasa. Hidup menyewa bilik dengan member-member, bergerak dengan public transport je. Makan pon selalu ikat perut. Cuma aku bernasib baik kerana aku tidak perlu memikirkan hutang piutang. Kini, aku terpaksa 'menumpang' dirumah orang tua aku. Mungkin ini peluang untuk aku menjaga dia kot. Jaga makan pakai barang kali. Kini aku juga kembali menggunakan public transport untuk ke mana-mana, ikat perut tu dah menjadi perkara biasa. Semuanya kembali sama seperti hidup aku di tahun 2002. Cuma apa yang aku kesalkan, hidup aku hari ni lebih teruk dari hidup aku pada tahun tu, dengan hutang-hutang yang terpaksa aku fikirkan, dengan kekecewaan yang aku alami dan apa yang paling menyedihkan, aku gagal membantu ayah aku yang dah berusia 83 tahun tu menikmati hidup yang lebih baik. Malah, dengan tebal muka aku akui, aku tak mampu sama sekali menyara dia seperti tahun-tahun sebelum ni, dan kerana kehadiran aku di sini, dia terpalit sama tempias susah aku. Menangis aku tiap kali aku lihat wajah tua itu menjamah makanan yang tak seberapa. Meraung lagi meronta jiwa aku bila dia terpaksa menahan lapar hanya kerana kehadiran aku.
Aku tak de tempat untuk bercerita. Rakan-rakan yang ada kebanyakkannya berpura-pura peduli. Tapi sejauh mana mereka boleh tahan dengan berpura-pura, sehari dua boleh la. Lama kelamaan, bosan juga melayan aku dengan masalah aku. Manusia ni, mereka sedar kewujudan kita bila kita senang. Tapi kewujudan kita dinafikan dalam hidup mereka bila kita susah dan merempat.
Terima kasih kepada insan yang memulakan langkah pertama untuk aku berada dalam situasi sekarang. Kerana dia aku jatuh dan amat susah untuk aku bangun. Dan aku makin susah dengan situasi hari ni.
No comments:
Post a Comment