Pages

Saturday, 23 November 2019

GERD: Gastroesophageal Reflux Disease


Rasanya tak ramai yang tau GERD tu apa. Sebab apa haku kata macam tu? Sebab, setiap kali haku cakap GERD hampir 90% dari audience haku ingat aku maksudkan Gout. Bunyi yang hampir sama tapi bukan dia. Berbeza.

Haku bukanlah doktor yang fasih dengan penyakit ni. Tapi haku hanya bercerita dari pengalaman haku. Haku disahkan mengidap sakit ni pada 1 Ogos 2019 yang baru lalu. Sebelum-sebelum ni doktor yang rawat haku tak pernah sikit pon dok sebut perkataan GERD ni. Depa cuma kata haku ada Anxiety Disorder/Panic Attack (2013) dan gastrik. 

GERD tu apa? Dari pemahaman haku, GERD ni berkaitan dengan gangguan pencernaan dan jadi bila asid perut naik ke saluran esofagus menuju ke mulut. Hangpa pernah dak rasa:
  • macam ada something kat tekak, macam tersangkut kat situ. Nak telan pon tak lepas.
  • Bangkit pagi rasa mulut masam dan berbau. Kahak pon masam dan busuk.
  • Mudah kembung terutamanya selepas makan. 
  • Dada rasa ketat dan susah nak bernafas. Macam asma pon ada.
  • Sendawa dan kentut yang lebih kerap dari biasa tak mengira tempat pulak tu.
  • Berak pon kerap dari biasa. Normalnya orang berak 1 atau 2 kali sehari, tetapi pesakit GERD ni boleh berak lebih dari tu dan najis dia sama ada sembelit atau cherry berry.
  • Batuk teruk terutama waktu malam. Batuk ni bukan macam batuk biasa. Batuk ni biasa nya batuk yang teruk disebabkan tekak gatal secara tiba-tiba dan batuk tu akan berterusan hingga hilang gatal tekak tu.
Sebenarnya, pesakit GERD ni ada macam-macam tanda. Yang haku list tu sebahagian saja. Orang dulu-dulu kerap panggil "Angin Medu". Kalau ada rasa-rasa tu jangan malu-malu untuk pi klinik dan dapatkan rawatan yang sepatutnya.

Selalunya GERD ni melibatkan pesakit yang gaya hidup dan pemakanan yang tak sihat. Orang yang tak bersenam, makan makanan yang pedas, berminyak, rokok, alkohol, kurang serat dan sebagainya. Haku akui, sejak haku di "tempat baru" ni, hidup haku totally change. Aku dah tak bersenam, dulu aku kerap hiking tapi sekarang aku just "hiking" tangga untuk naik ke rumah haku di tingkat empat, pemakanan yang tak terjaga, diet yang tinggi pedas dan lemak and heavy smoker. Hangpa bayangkan, pada 15 Julai 2017, berat haku 73 kg dan pada 3 bulan lepas berat haku hike to 81 kg. Lepas tu, pada 12 Nov 2019 lagi sekali mengejutkan haku apabila berat haku menokok kepada 86 kg. What da fish. Aku dah kontrol makan kot sekarang.

GERD terjadi bila perut produce asid berlebihan dan otot sfinkter antara esofagus dan perut melemah dan gagal menghalang asid tersebut dari masuk ke bahagian esofagus. Produksi asid perut ni banyak bergantung kepada keadaan emosi, pemakanan dan gaya hidup pesakit.

Sakit ini mampu membuatkan pesakit terus mengidap pelbagai penyakit lain seperti anxiety, masalah paru-paru, masalah jantung dan sebagainya.

Tiada ubat tertentu yang mengubati sakit ni melainkan mengudah pemakanan, gaya hidup yang lebih sihat disamping pengambilan ubat-ubat yang membantu mengurangkan kesaan mengikut jenis kesakitan.

Honestly, orang sukar faham dengan pesakit ni. Sebab sakit ni orang tak nampak dengan mata kasar. Sakit ni lebih kepada perasaan pesakit tu sendiri dan hanya pesakit yang tahu apa yang dia rasa. Masa sakit ni la tekanan darah naik, kolestrol naik, asid urik naik, perut naik (hahaha), prestasi kerja drop dan emosi yang bergelora.




No comments:

Post a Comment