Pages

Thursday, 25 June 2020

Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal



Jika anda merupakan seorang wanita warganegara Malaysia yang menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori seperti berikut:-
  • Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
  • Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau
  • Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)
maka anda layak untuk memohon Bantuan Khas Ibu Tunggal seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin. Bantuan ini diberi secara "one-off" sebanyak RM 300.00 dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Bantuan ini telah diumumkan berikutan golongan ini adalah antara yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi mengawal penularan wabak COVID-19.

Permohonan boleh dilakukan secara online dengan melayari halaman web Jabatan Pembangunan Wanita dengan mengisi borang permohonan mengikut negeri semasa anda sebelum 31 Oktober 2020.

Sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung dengan pihak berkaitan di:

Jabatan Pembangunan Wanita,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,

Aras 23-25, No. 55,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya, Malaysia

No. Telefon : 03 – 8323 1000
No. Faks : 03 – 8323 2034

Email : infojpw@jpw.gov.my
Website : www.jpw.gov.my

No comments:

Post a Comment