Pages

Thursday, 18 September 2014

Dari Dapur Aditakesa : Laksa Menangis Kuala Perlis

Tajuk kali ni memang tak boleh belah. Hahahaha. Laksa menangis... Sebab apa menangis?? Biar lah menjadi rahsia aku je.

Okehh, sabtu lepas, selepas berhari-hari gian nak makan laksa Perlis, akhirnya berkesempatan juga la untuk buat sendiri. Sebenarnya, aku ni dah bertahun tak jamah laksa ni. Phobia. Last sekali rasanya 2 tahun lepas kali terakhir aku makan laksa, and then, 3 hari lebih aku sakit. Aku dengan benda berangin nie memang kalah.

So, kali ni aku nak ceritakan cara-cara aku masak Laksa Menangis Kuala Perlis.

Bahan-bahan:
2 bungkus laksa direndam semalaman dan direbus hingga lembut
Seikat daun selom di potong halus
Timun dipotong halus
Bawang besar dipotong halus
Telur rebus
Cili potong

Bahan-bahan untuk kuah:

1 1/2kg isi ikan kembung direbus dengan asam keping dan dikisar
15 keping asam keping
15 tangkai cili kering direbus dan dikisar
15 ulas bawang merah dikisar
2 cm belacan madu Kuala Perlis
1 kuntum bunga kantan dibelah 4
segenggam daun kesum (ambil daun saja) 
Air
Garam dan serbuk perasa

Cara memasak:
  1. Isi ikan yang dikisar dicampur dengan air direbus dalam periuk besar. Boleh juga campurkan baki air rebusan ikan tadi dan tulang-tulang ikan tu pon boleh dikisar hingga halus dan ditapis.
  2. Masukkan belacan, asam keping, cili kering dan bawang yang dikisar. Didihkan dengan apa sederhana.
  3. Apabila mendidih, masukkan bunga kantan. Biarkan ia mendidih sehingga bahan-bahan yang dicampur tadi sebati rasanya. Jika kuah berkurangan, boleh la tambahkan lagi air.
  4. Tambah garam dan serbuk perasa. 
  5. Masukkan daun kesum dan biar lagi hingga daun kesum masak.
  6. Kuah Laksa Menangis dah siap dan boleh dihidangkan bersama-sama dengan daun selom, timun, bawang besar dan telur rebus. Kalau nak lebih pedas, masukkan sekali cili potong.
  7. Gerenti menangis kepedasan selepas tu. Hehehehe. Selamat mencuba.



 

No comments:

Post a Comment