Pages

Friday, 5 September 2014

Kek Pishang ala Aditakesa (Kek Pisang)


Dah lama Adi tak publish apa-apa resepi yang Adi baru cuba. Kali ni, Dari dapur Aditakesa, nak show pulak Adi cuba buat kek yang menjadi kegemaran Adi. Kek Pishang. Ni percubaan kedua, percubaan pertama kurang memuaskan hati Adi sebab walaupun kek tu naik dan gebu macam Kak Dibah Noor, tapi bile sejuk kek tu a bit kering dan kurang rasa pisang dia.

Selepas fikirkan apa yang patut, Adi pun ubahsuai la sikit resepi asal. So jadi la hasil yang mengkagumkan Adi. Al-maklum la, bujang memasak.

Bahan-bahan Kek Pisang ala Aditakesa

Bahan A:
200 gram Buttercup (1st try Adi guna 1 cawan minyak sayuran)
4 biji telur ayam gred A
1 1/4 cawan gula pasir
1 sudu teh garam

Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh Sodium Bikarbonat
1 sudu teh Baking Powder

4 biji pisang Rastali dilenyek-lenyek (1st try Adi guna 6 biji pisang emas)
1 sudu teh esen pisang (1st try Adi guna esen vanila)
1 sudu teh jus lemon
Kismis
Pisang yang dipotong sesuka hati

Cara Aditakesa buat kek pishang:-
  1. Pukul bahan A hingga sebati dan kembang. Anggaran 5-8 minit.
  2. Masukkan pisang yang dilenyek-lenyek tu. Then pukul lagi sampai dia menagis kesebatian.
  3. Masukkan Bahan B yang telah di ayak. Then pukul lagi hingga sebati.
  4. Campakkan kismis, jus lemon, esen pisang dan pukul lagi hingga kismis berserakan.
  5. Tuang separuh adunan kedalam loyang yang disapu minyak. Then ratakan adunan. susun pisang yang dipotong sesuka hati tu.
  6. Tuang baki adunan dan ratakan.
  7. Bakar di dalam Oven pada suhu 175C. Bila permukaan kek berubah menjadi keperangan gelap, ubah suhu kepada 150C. Jumlah keseluruhan membakar ni dalam 45 minit saje. 
Untuk pastikan kek tu da masak ke tak, cucuk la kek tu dengan pencungkil gigi. Kek da masak bila kita tarik keluar pencungkil tu dan takde tepong melekat.

Hasil dia, kek yang memenuhi jiwa dan selera. Sedap kalau dimakan time suam-suam. Pisang yang kite letak tu akan melting dalam mulut. Wow, terangkat.

Selamat mencuba.





No comments:

Post a Comment