Selama ni dok buka wallet, selalunya untuk ambik duit atau ambik bank card, tak pulak perasaan sekeping kad yang merupakan lesen memandu dah tak dak kat poket wallet tu. Bermakna selama ni juga la, haku memandu "tanpa" lesen. Alhamdulillah, tak kena roadblock masa tu. Tapi once dah sedar yang lesen tu tak dak, mood memandu pon kelaut.
So, sementara nak tunggu hari Ahad (kat Kedah ni pejabat kerajaan cuti hari Jumaat dan Sabtu), haku sempat la selongkar kereta and bilik haku. Mana la tau kalau-kalau jumpa balik lesen yang hilang tu. Sambil-sambil tu haku surf la juga apa yang perlu haku buat untuk dapatkan balik lesen tu.
Ada yang kata, kena report polis dulu sebelum ke JPJ, ada yang kata boleh pi terus ke JPJ dan sediakan duit denda RM 20 untuk dapatkan balik lesen tu, ada yang suruh mandi bunga. Pendek kata-macam-macam bida'ah lah keluaq.
So ni nak habaq kalau lesen memandu apa yang patut kita buat terutamanya musim Covid-19 ni.
- Bangun awal pagi. Mandi, gosok gigi apa semua... Jangan tak gosok pulak sebab masa pakai mask nanti tak la pengsan dengan bau nafas sendiri.
- Siap-siap lah pi kerja. Pakai perfume lebih sikit. Nanti kalau awek JPJ yang jaga kaunter tak la segan nak menjadi peramah dengan dia.
- Masuk kerja macam biasa. Jumpa bos dan mintak izin untuk pi JPJ. Cipta la ayat-ayat sedih, pasti dapat punya.
- Sampai ja kat JPJ, beratur la macam orang lain. Ikut amalan penjarakan sosial. Mask jangan lupa. Pakai la untuk kebaikan diri sendiri.
- Bila sampai kat kaunter saringan tu, petugas akan cek suhu. Disyorkan scan QR Code My Sejahtera tu. Lebih senang dari pegang pen dan isi maklumat kat buku pengunjung tu. Nampak la adance sikit.
- Bila dah masuk kat dalam, dah dapat no giliran bagai, tunggu la kat kerusi tu. Jangan lupa penjarakan sosial.
- Bila dah dipanggil, jangan lupa senyum sehabis manis (macam la nampak, pakai mask kan), dengan suara semacho/manja mungkin, bagi tau la kat staff kaunter tu yang lesen kita hilang. Pastu, dia akan tanya, lesen tu hidup lagi dak. Kita jawab la dengan jujur.
- Bagi IC, dan duit RM 60 (untuk renew 2 tahun. Kalau hangpa nak renew setahun ke, boleh saja. Tapi tak boleh melebihi 5 tahun). Kalau tak mau guna gambar IC kat lesen, dan kita ada gambar lain yang lebih baik, bagi la gambar ukuran passport kat dia.
- Pastu kita tunggu la lesen kita siap. Tak lama pon, tak dan update status FB/Wasap pon.
- Jangan lupa, ucap terima kasih kat staff JPJ tu yang dah bantu dapatkan balik lesen kita dengan cepat dan mesra. Sapa cakap staff JPJ ni tak mesra pelanggan?
Ha, tak susah kan. Tu tadi 10 langkah asas yang perlu untuk dapatkan balik lesen semasa tempoh Covid-19 ni. Bila dah dapat lesen tu, jaga la baik-baik. Jangan dok hilangkan lagi. Bukan seronok pon nak berurusan dapatkan lesen baru tu.
No comments:
Post a Comment