Pages

Tuesday, 19 February 2013

Ayam buat rendang dan politik


Dulu-dulu, sehari sebelum raya, orang kampung sibuk. Sediakan ketupat, kuih-muih, masak memasak, kemaskan rumah dan macam-macam aktiviti yang terlintas dalam fikiran.

Ada orang, tidak sah rayanya kalau tak dak rendang ayam. Sebelum sembelih ayam, tuan ayam akan tabur beras bagi santapan-ayam-ayam peliharaannya. Ayam yang tak tau apa-apa, akan mematuk dengan seleranya. Si Tuan, meliar matanya memerhati dan memilih mana satu ayam yang akan di'rendang'kan. Sedang ayam asyik, Tuan ayam akan menangkap ayam pilihan hati, disembelih, diproses dan di'rendang'kan.

Itu cerita raya.

Ini pulak cerita pilihan raya. Masih ada kaitan dengan raya.

Ada pihak, sengaja menabur segala macam termasuk duit, barang keperluan rumah dan pelbagai janji. Ingat balik cerita tuan ayam dengan ayam. Tuan ayam menabur beras tu semata-mata untuk mendapatkan ayam untuk dijadikan rendang. Dalam pilihan raya, pihak terdesak, akan menabur segala macam bantuan material dan kewangan kepada kita untuk mendapatkan undi. Sebelum pilihanraya, merekalah yang paling memahami kehendak dan keperluan rakyat, tekanan-tekanan rakyat. Tapi, selepas pilihan raya, rahyat diketepikan demi kekayaan mereka dan kroni-kroni mereka. Enough.

Jangan pilih pihak yang membawa kepada kehancuran. Jangan pilih pihak yang jauh dari kemanusiaan dan keagamaan. 

Pilihlah pihak yang lebih dekat dengan nilai keagamaan, kemanusiaan, keadilan. 2008, Tuhan sudah memperlihatkan kita dengan wujudnya dua kelompok pemerintah. BN dan PR. PR dihadiahi dengan 4 negeri. Dari situ, kita boleh nilai sejauh mana kejujuran dan keihlasan mereka memerintah. Begitu juga BN, selain menguasai federal, BN juga menguasai majoriti negeri di Malaysia. Dari situ juga kita boleh lihat, sejauh mana keupayaan mereka dalam membela nasib rakyat. Pilihlah dengan hati dan akal yang waras. Demi masa depan kita, anak cucu kita.




Terpulang kepada kita, nak jadi manusia, atau nak jadi ayam. Pilih kerajaan, bukan kerana dia bagi itu ini. Tapi pilih kerajaan, perlulah fikirkan masa depan dan kelangsungan hidup.



Friday, 15 February 2013

Solat nampak punggung

Sekadar Hiasan.

Dah lama dah perasan benda ni. Dah lama dah dok perati tengok. Makin lama, makin ramai pulak buat. Terutama bagi remaja-remaja yang suka berbaju singkat.

Salah satu syarat sah solat, ialah menutup aurat. Tapi, macam mana rakan-rakan lelaki kita yang suka pakai baju slim-fit lagi singkat tu. Then, kena pulak dengan seluar londeh, berboxer warna-warni, berunderwear pelbagai brand, dari RENOMA hingga la ke Chap Ayam.

Bonus. Nak lagi syahdu, ada yang terselak hingga nampak lurah ponggong yang pelbagai corak. Ada berkulat, ada yang berbirat. Sape yang dok belakang korang, sah-sah kurang pahala sebab tak banyak, sikit pasti ada terumpat dan terkeji.

Tiap kali Solat Jumaat, cuba perhatikan sekeliling kita, berapa ramai yang pakai baju singkat dan seluar londeh ni? Perhatikan juga, bila dia duduk, nampak dak underwear/boxer atau kulit bahagian pinggang dia. Kalau time duduk pun sudah nampak, macam mana kalau time sujud? Confirm terdedah aurat.

TQ kepada pokok2u.blogspot.com
Salah satu syarat sah solat, tutup aurat. So kalau aurat terbuka bila sujud, macam mana kira? Itu dah tak boleh dikira tidak sengaja kan. So renung-renungkan.

Thursday, 14 February 2013

Tugas-tugas Pemerhati Pilihanraya

Dari semasa ke semasa kantung emel saya sudah mula dipenuhi oleh pertanyaan dan permohonan untuk menjadi pemerhati pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Antara soalan yang sering ditanyakan ialah apakah skop kerja sebagai sukarelawan pemerhati PRU-13 nanti?
Sebenarnya tugas pemerhatian pilihan raya cukup banyak. Sebahagiannya telah dinyatakan di dalam tulisan-tulisan sebelum ini (capaiannya boleh dirujuk di laman web IDEAS atau laman Facebook PEMERHATI).

Menyelidik, memerhati, merekod dan melapor proses dan perjalanan PRU-13

Secara umumnya, skop kerja PEMERHATI ialah menyelidik, memerhati, merekod dan melaporkan proses dan perjalanan pilihan raya. Pemerhatian akan dibuat bukan sahaja kepada pemimpin, calon atau penyokong parti politik, ia turut mencakupi badan eksekutif, orang ramai malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga.

1) Institusi awam yang berkecuali

Selepas pembubaran dewan, peranan ahli politik yang memegang jawatan eksekutif adalah minima. Justeru penggunaan kemudahan dan peranan kakitangan awam dalam aktiviti bersifat kempen akan diperhatikan.

Agak malang jika kita gagal membezakan antara parti politik dan kerajaan. Kegagalan memisahkan kedua-dua entiti ini memberi ruang untuk kemungkinan salah laku berlaku. PEMERHATI akan merekodkan jika ada jentera atau kakitangan awam terlibat dalam kempen semasa bertugas.

2) Daftar pemilih

Kita mungkin telah mendengar banyak pertikaian berkenaan daftar pemilih. Selain peranan SPR, orang ramai wajar menyemak jika alamat tempat tinggal mereka terdapat nama-nama yang tidak dikenali. Orang ramai boleh membuat pilihan untuk melaporkan kepada SPR, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Polis. Orang ramai juga boleh membuat laporan beserta bukti kepada PEMERHATI.

Jika PRU-13 diadakan selepas bulan Mac 2013, kemungkinan daftar pemilih tambahan bagi pengundi yang mendaftar antara Januari 2013 dan Mac 2013 akan dipamerkan. PEMERHATI akan merekodkan proses ini jika ia berlaku.

3) Proses pilihan raya

Proses pilihan raya adalah seperti berikut:

i) Pengeluaran writ, iaitu pengumuman tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian oleh SPR;

ii) Penamaan calon;

iii) Kempen pilihan raya; tempoh hari minima bagi kempen telah dinaikkan kepada 11 hari.

iv) Pengundian; berlangsung antara pukul 8 pagi hingga 5 petang.

v) Penjumlahan rasmi undi;

vi) Pengumuman keputusan pilihan raya.

Umumnya, PEMERHATI akan merekod dan melapor suasana proses yang berlangsung – aman atau tegang, kehadiran tokoh atau calon, anggaran jumlah anggota polis yang ditempatkan bertugas di lokasi berkenaan, kehadiran wakil parti dalam proses berkenaan, waktu pusat pengundian di buka dan ditutup, waktu pengumuman keputusan dibuat, bagaimana orang kelainan upaya (OKU) serta pengundi yang sakit dapat menunaikan hak mereka, pertikaian yang mungkin ada serta pematuhan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

4) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

PEMERHATI juga akan mengambil laporan orang ramai jika ada pelanggaran Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu:

i) Kewujudan kertas penamaan calon dan kertas undi palsu

ii) Halangan mengundi misalnya ada sekatan jalan untuk pengundi hadir ke pusat pengundian atau kad pengenalan pemilih yang sah diambil oleh pihak lain.

iii) Sogokan sama ada dalam bentuk pemberian wang, pinjaman, peluang perniagaan, balasan yang bernilai atau yang sering berlaku kini ialah tuntutan semula bayaran tiket atau minyak untuk balik mengundi.

iv) Penyamaran, iaitu menggunakan kad pengenalan orang lain untuk mengundi.

v) Penjamuan, iaitu majlis makan-minum bersifat kempen, serta hadiah yang ditawarkan seperti baucer, tiket dan sebagainya. PEMERHATI akan merekodkan jika ada majlis sebegini dibuat sama ada oleh badan kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan, calon, parti dan mana-mana pihak lain.

vi) Pengaruh tidak wajar, seperti ugutan, ancaman, tekanan atau ucapan seperti “sekiranya kamu tidak mengundi aku, kamu akan masuk syurga,” atau “jika kamu mengundi mereka, kamu terkeluar daripada kepercayaan agama ini”.

vii) Kempen bersifat menghasut ketegangan kaum dan agama juga akan direkodkan.

5) Kempen

Sebahagian besar maklumat di atas ada berkaitan soal kempen. Selain itu, banyak janji pilihan raya akan dikemukakan oleh calon dan parti bertanding. Janji-janji yang dikemukakan juga akan dicatat untuk dianalisa sama ada ia bersalahan dengan Akta atau tidak.

PEMERHATI akan merekodkan lokasi mana-mana perhimpunan yang dibuat, aspek keselamatan di lokasi tersebut – berlaku kekacauan atau tidak, ada polis atau petugas keselamatan penganjur yang bertugas atau tidak dan sebagainya.

6) SPR

PEMERHATI juga akan merekodkan kenyataan-kenyataan SPR sekiranya ada isu dan aduan dibuat oleh mana-mana pihak. Selain itu, penjawat awam yang bertugas sebagai kakitangan SPR semasa hari pengundian juga tidak boleh memihak atau mesti bersifat berkecuali.

Bukan tugas PEMERHATI

Ramai yang beranggapan bahawa tugas pemerhatian pilihan raya termasuklah mengambil tindakan pencegahan. Ini sebenarnya tidak tepat. Piawaian antarabangsa juga tidak begitu. Tidak ada mana-mana peruntukan undang-undang yang membenarkan PEMERHATI bertindak mencegah sesuatu perkara, kecuali dalam sesetengah kes bersifat jenayah dan kekerasan.

Sebenarnya untuk kesalahan bersifat jenayah dan kekerasan, orang ramai boleh bertindak selaras dengan apa yang dibenarkan perlembagaan.

Untuk kes menggunakan kad pengenalan palsu atau kad pengenalan orang lain serta pergaduhan, penahanan oleh orang awam (public arrest) boleh dibuat, tetapi pihak polis menasihatkan orang awam tidak bertindak sendiri seperti memukul dan membelasah pihak yang ditangkap kerana hukumannya lebih besar. Jika ada kes seperti itu, laporan kepada pihak polis perlu dibuat dan segala tindakan selanjutnya akan menurut proses undang-undang.

Jadilah sukarelawan PEMERHATI

Ini adalah sebahagian besar perkara yang akan dilihat, dicatat dan dilaporkan oleh PEMERHATI. Bagi yang berminat untuk tahu lebih lanjut, PEMERHATI akan memulakan jelajah penerangan dan latihan bagi sukarelawan PEMERHATI di setiap Negeri. Ikutilah makluman berkaitannya di laman web rasmi PEMERHATI. Tawarkan diri anda sebagai sukarelawan PEMERHATI. Bersama kita memastikan integriti PRU-13.



Amin Ahmad ialah Pengurus Projek dan Operasi di IDEAS. 
Sekiranya anda berminat untuk menjadi sukarelawan PEMERHATI, hantarkan nama, nombor telefon, parlimen tempat anda mengundi ke amin@ideas.org.my. 
Pihak kami akan menghubungi anda untuk membekalkan maklumat penuh.

Tuesday, 12 February 2013

Hantu Kak Limah 2 :Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit

Beberapa tahun selepas kejadian "Hantu Kak Limah" Husin telah bangkrap akibat ditipu skim cepat kaya telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng-geng yang lamanya dan juga Mon, wanita yang mula-mula mengisi taman hatinya semasa Kampung Pisang di landa Zombi dan penyebab kepadanya hendak berjaya walaupun tidak mempunyai SPM.

Namun beberapa hari selepas itu Kampung Pisang telah dilanda sesuatu perkara yang aneh. Nampaknya sejarah misteri seratus tahun dulu berulang kembali. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung Pisang kembali menghantui.

Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya sibuk merancang rombongan ke Singapura dan menawarkan Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah menjadi semakin rumit apabila Husin sendiri telah didapati hilang dirumah oleh Usop dan kawan-kawannya. Kesan yang tinggal hanyalah bekas bungkusan Maggi dari Singapura.


Bagi Adi, susah Adi nak ke panggung semata-mata untuk menonton filem Melayu. Bukan nak sebab sombong atau apa, tapi, kadang-kadang, bila keluar panggung Adi akan rasa rugi bayar duit tiket dengan cerita yang ditayangkan.

Kalau dari sekual cerita Kampung Pisang ni, dari Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah balik rumah, dua-duanya Adi just tengok kat TV. Cuma Hantu Kak Limah 2 ni je yang Adi gi tengok kat panggung. Tu pun sebab nak isi masa terluang yang ada.

Hantu Kak Limah 2 ni ada mendedahkan history yang tersembunyi. Dimulakan dengan lagu Mamula Moon, yang mungkin selama ni ramai yang tak tahu lagu tu. 

"Eh, awat lagu ni macam lagu Negara Ku?" Tu antara apa yang penonton tertanya-tanya bila mula saja cerita Hantu Kak Limah 2 ni.

Cerita ni berjaya membuatkan panggung riuh dari permulaan hingga ke pertengahan cerita. Namun, suku bahagian terakhir, ramai yang mula kebosanan. Watak doktor yang dibawa oleh husband Vanida Imran tu terlalu merapu dan banyak komedi yang dibawakan tidak sampai. Ideanya ada tapi penyampaiannya lemah.

Banyak juga lawak-lawak yang diulang tayang dari filem-filem sebelum ni dan lawak-lawak yang dapat dijangka. Its a bit membosankan.

Penggunaan CGI dalam filem ni agak kemas. Tahniah Abang Mamat Khalid.

Apa yang uniknya, filem Mamat Khalid ni cuma ketengahkan beberapa orang saja pelakon yang terkenal. Walaupun ramai pelakon-pelakon yang tidak ada nama yang besar, tapi peranan mereka menguatkan lagi cerita-cerita Abg Mamat setanding dengan pelakon-pelakon yang ada nama.Ia tetap memiliki momentum yang kuat dikalangan penonton.

Tapi, dalam beberapa kelemahan yang ada, filem ini  Adi kategorikan sebagai filem yang BERBALOI DUIT TIKET bila melangkah keluar dari panggung. So, pi la tengok, keseluruhannya, kelemahan yang ada tidak mencacatkan keseluruhan filem ini dan masih layak ditayangkan di pawagam.

P/S: Awat Abg Mamat bagi sikit ja scene kat Kak Delimawati tu. Cantik dah dia selepas jadi hantu dalam filem yang lepas. Hehehe



Wednesday, 6 February 2013

Tahun Ular 2013: Selamat Tahun Baru Cina


Menurut kalender Cina Tahun 2013 adalah Tahun Ular, jatuh pada 10 Februari 2013 dan berakhir pada 30 Januari 2014. Masyarakat Cina kuno mempercayai ular di dalam rumah adalah pertanda baik kerana itu membawa erti bahwa keluarga anda tidak akan kelaparan. Orang yang lahir pada Tahun Ular, menarik dan licik, cukup cerdas serta bijaksana. Mereka adalah pengantara yang besar dan baik dalam perniagaan. Kerana itu, anda beruntung jika lahir di Tahun Ular. (Aditakesa juga dilahirkan dalam tahun ular. Hahahaha)
Karakteristik ular: sedar, menawan, licik, elegan, misterius, penuh gairah, bangga, tenang, dan sia-sia. Mereka adalah orang-orang menarik, yang menangis dengan mudah dan tidak menjadi bingung dengan mudah. Mereka adalah orang-orang anggun, menarik dan gelap pada saat yang sama. Mereka minat membaca, mendengar muzik, makan makanan yang sedap, dan pergi ke teater. Mereka mudah terpesona dengan semua hal yang indah dalam hidup. Banyak wanita dan lelaki yang baik kepribadian yang kuat lahir di Tahun Ular.

Kontemplatif dan swasta, orang bershio ular asasnya tidak dilahirkan dengan sifat emosional. Mereka biasanya bertindak bersesuaian dengan penilaian mereka sendiri dan tidak mengikuti pandangan orang lain. Mereka amat licik dan pendiam, dan sangat bersederhana dalam perniagaan. Mereka akan membuat plot dan skema untuk hal-hal tertentu seperti yang mereka inginkan. Mereka bukan komunikator yang hebat dan boleh menjadi sangat posesif ketika mereka mengatur buah fikirann mereka pada pencapaian kepentingan pasangan.

Ular menjadi orang yang mudah stres dan harus menghindari jadual yang sibuk atau persekitaran yang bising. Mereka perlukan suasana yang tenang untuk berkembang dan membuahkan hasil. Mereka harus memiliki tidur, relaksasi, dan perdamaian untuk hidup, dan kesihatan yang berpanjangan.

Orang yang lahir pada Tahun Ular biasanya sangat canggih dan berbudaya dalam pilihan mereka untuk menghias rumah. Mereka elegan dan anggun dengan menempatkan penekanan pada kenyamanan mereka ketika memutuskan untuk menghias. Mereka materialistik dan harus memiliki sebanyak mungkin segala yang mereka inginkan.

Mereka menjadi mudah bosan dan kerana itu, mereka sering menukar pekerjaan. Mereka sangat teliti dan rajin bekerja. Mereka terurus dan tepat, hati-hati dan waspada ketika melakukan perniagaan. Mereka bertindak dengan penuh kepercayaan diri, tenang, memiliki rasa tanggung jawab dan tujuan yang jelas. Kadang-kadang, kerana mereka ingin bekerja sendiri, mereka tampak seolah-olah menyembunyikan maklumat atau menjadi tertutup tentang beberapa hal penting.

Orang Shio Ular adalah pecinta yang penuh keghairahan dan menunjukkan keinginan yang kuat untuk menguasai keadaan ketika bergaul dengan orang lain. Mereka tidak akan pernah memaafkan siapa saja yang melanggar janji. Mereka menunjukkan kebencian mereka dengan kedinginan permusuhan bukan dengan kata-kata pahit. Beberapa orang yang lahir di Tahun Ular bisa menyerang musuh-musuh mereka dengan pukulan yang mematikan.

Tampaknya tidak mudah untuk kita berurusan dengan orang yang lahir di Tahun Ular, terutama ketika ia berpikir satu arah dan berperilaku lain. Akan selalu ada hati yang waspada dibalik penampilan tenang nya. Dia memiliki kekuatan dan akan mencuba yang terbaik untuk berpegang teguh pada posisinya. Dia begitu cerdik bahwa ketika anda fikir anda mungkin telah menangkapnya, ia telah menyelinap pergi.

Orang Shio Ular akan menghadapi bahaya dan bencana tak terduga tanpa rasa takut. Mereka tidak terganggu dengan kurangnya wang dan biasanya cukup beruntung untuk memiliki segala sesuatu yang mereka mahukan. Mereka boleh berjaya selama mereka menghindari perbelanjaan yang berlebihan. Meskipun mereka intuitif, mereka harus mengelakkan dari membuat keputusan secara terburu-buru tanpa membuat pertimbangan secara rasional.
Tokoh terkenal bershio ular: Elizabeth Hurley, Grace Kelly, Jacqueline Kennedy, Kim Basinger, Linda McCartney, Liv Tyler, Oprah Winfrey, Ratu Elizabeth I, Sarah Michelle Gellar, dan Sarah Jessica Parker.

Tahun Ular: 04/02/1905 hingga 24/01/1906 (Kayu) | 23/01/1917 hingga 10/02/1918 (Api) | 10/02/1929 hingga 29/01/1930 ( Tanah) | 27/01/1941 hingga 14/02/1942 (Logam) | 14/02/1953 hingga 02/02/1954 (Air) | 21/02/1965 hingga 20/01/1966 (Kayu) | 18/02/1977 hingga 02/06/1978 (Api) | 06/02/1989 hingga 26/01/1990 (Tanah) | 24/01/2001 hingga 11/02/2002 (Logam) | 10/02/2013 hingga 30/01/2014 (Air).

Semua ramalan ini adalah karangan atau buatan Manusia dan yang Menentukan hanya Tuhan Yang Maha Esa. Selalu Berfikir Positif maka semuanya akan baik-baik saja.

Ilya Grad Kembali Ke Malaysia

Dari Facebook, Ilya Grad, Juara Tinju Muay Thai Isreal, dengan bangga mempamerkan gambar beliau di Suria KLCC, kira-kira 33 minit sebelum artikel ni ditulis. I sneak in again, statusnya sambil posing di depan bangun Petronas Twin Tower.

Sebelum ini, Grad mencipta sejarah kerana memasuki Malaysia menggunakan pasport Israel sedangkan undang-undang Malaysia jelas melarang pemegang pasport Israel masuk ke Malaysia selepas dijemput mengambil bahagian dalam rancangan realiti AXN Asia "Muaythai Challenger" . Setiba dia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Grad ditahan selama 25 jam, tetapi akhirnya dibenarkan masuk ekoran campur tangan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Malah pasportnya tidak dicop semasa melalui pemeriksaan pegawai imigresen. Semasa pertarungan pertama,penganjur mahukan beliau mengibarkan bendera Rusia iaitu negara asal beliau dilahirkan. Akhirnya penganjur membenarkan beliau mengibarkan bendera Israel.

Hari ini, Ilya Grad dipercayai sekali lagi memasuki Malaysia (berdasarkan gambar dan apps check-in Facebook beliau). Jika beliau hanya memiliki passport Israel, bagaimana agaknya dia masuk? 

Hope kemasukan dia kali ni bukan disebabkan ketirisan kat Imigresen, atau saluran-saluran yang tak betul. Kalau tidak, nampak sangat pintu masuk kita ni senang-senang untuk orang datang walaupun undang-undang sendiri mengatakan tak boleh.





Friday, 1 February 2013

Boikot Maybank? Mampu kah?


Jumpa ni sejak dua hari lepas. Persoalannya kenapa? Adakah boikot tu sebab Tengku Zafrul, CEO Maybank Investment? Atau, sebab salah sebuah anak syarikat Maybank dah panggil Abby Abadi berceramah? Atau sebab gesaan Kesatuan sekerja, NUBE? Atau sebab-sebab lain?

Yang aku jumpa, gesaan untuk boikot Maybank ni dibuat oleh pengguna disebabkan oleh caj-caj yang dikenakan ke atas pengguna amat tidak masuk akal. Walaupun, bila google je "boikot maybank" banyak artikel boikot Maybank yang berkait rapat dengan siapa Tengku Zafrul tu. Tak ambek port. Kalau pasal caj yang mengada-ngada, lain lah. Bank lain boleh bagi free, kenapa Maybank kena caj?

Rompakan secara terang ni la kot yang membuatkan Maybank untung berbillion-billion setiap tahun. Apa-apa pun, tepuk dada, tanya minda.